Rendang Daging Nak Bagi Lebih Sedap Hingga Menjilat Jari, Ada Tipnya. Wanita Ni Kongsikan Boleh Cuba!

Share

Bagi yang baru nak belajar memasak daging korban yang diterima sempena AidilAdha, bolehlah sediakan menu rendang yang pastinya akan digemari ramai. Seakan tidak lengkap pula kalau di hari raya ini tidak dapat menikmati enaknya rasa rendang.

Nak pastikan rendang yang dimasak sedap menepati citarasa, ada tip yang boleh anda lakukan. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Selamat mencuba.

Rendang Daging Raya PKP. Dijamin sedap menjilat jari.


Bahan dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
3 batang serai
Bahan lain:-
500grm daging lembu
1/2 kotak santan
5 sudu cili kisar
1 biji bawang besar dipotong halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
Asam keping

Cara-cara memasak: 
Bahan pun yang simple je.
Biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai dulu bagi naik bau.Sepatutnya jintan tu jenis biji, kat rumah tak ada jadi saya guna je yang serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.

1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ni la tips rendang lagi sedap.

2. Minyak tu banyak pun takpa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak. Masuk bahan blend dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.

3. Bahan kisar tu nak blend dengan cili kering sekali jalan pun boleh.

4. Dah pecah minyak, masuk daging. Daging boleh je nak rebus dulu untuk elak liat. Tak rebus pun takpa. Tak dosa.

5. Masuk rempah yang ditumbuk. Kacau sebati. Masuk daun limau purut. Nak bagi bau lagi umphh, ramas sikit daun limau purut tu. Letak asam keping. Guna la 2 dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi. Daging dah lembut, masuk santan. Kacau sama rata.

6. Masuk pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau biar mesra. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.

7. SIAP!

Sumber : Liza Idris 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/  atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN