Dalam bulan ramadan ini, pasti ibu-ibu yang pening kepala memikirkan menu juadah berbuka untuk keluarga. Kalau sebelum ini, tidak menjadi masalah andai malas memasak kerana ada bazar ramadan, tahun ini berbeza. Kecuali anda boleh menempah melalui online.
Untuk ibu-ibu cuba resipi ini, pasti dapat membantu. Set lengkap dengan nasi, lauk dan juga jelatah bagi anda yang ingin kan juadah istimewa. Jom cuba resipi yang dikongsikan.
Kalau nak masak kurma ayam atau daging…akak memang suka buat kurma bawang goreng ni..x guna santan pun..guna susu cair je..akak suka sesangat..
Pada yang nak try…ni akak bagi semua resepi dari nasi sampai la lauk dan jelatah..resepi ada kat gamba ya.
Bahan:
1 ekor ayam / 1 kg daging(ptng ikut suka)
3 sudu besar rempah kurma
4 biji kentang(belah ikut suka)
7/8 biji cili padi
8@10 biji tomato ceri
5 genggam bawang grng
1 sudu mkn kerisik
2 sudu mkn gula merah
5 sudu susu cair(utk perap)
1 cwn lg susu cair (utk bubuh kemudian)
Mesin 2biji bwng besar,4 ulas bwng putih n 1 inci halia
(Perap ayam/ daging dgn rempah,bwng grng,kerisik,gula merah,bhn mesin n susu cair..dlm 15 min)
Ads
Bahan tumis:
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
1 biji bwng besar-hiris nipis
3 ulas bwng putih-hiris
Cara:
Panaskn minyak..masukkn bhn tumis…stlh naik bau…tuangkn ayam/daging yg d perap td..masukkn air hingga ayam/ daging tenggelam…masukkn kntang..
Masukkn garam n perasa..klu ayam/ daging blm empuk..blh tmbhkn air sedikit lg…stlh agak pekat dan ayam/daging+kentang dah empuk..tuangkn lg 1 cwn susu cair
akhir skali masukkn cili padi dan tomato ceri..
=================================================
Ads
Nasi minyak kuning
Bahan:
3 pot beras basmathi(basuh n toskan)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 rempah sup bunjut
1 genggam kismis
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
Garam n perasa
Cara:
Mesin bhn bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi n butter
Tumis kulit kayu manis,b.lawang n buah pelaga
Tumis bhn mesin n kismis
Masukkan garam,serbuk kunyit n perasa
Masukkn susu cair n rempah sup bunjut
Masukkan air dan beras
Tutup periuk dan biar hingga nasi masak..
===============================================
Ads
Jelatah timun + nenas
Bahan:
1 biji timun-(buang kulit,cakar dgn garfu..belah 2 dan hiris)
Suku biji nenas(hiris nipis)
1 biji bwng besar-belah 4 n hiris nipis
Cili masak n cili hijau-hiris
5 sudu mkn gula
Sedikit garam
3 sudu mkn cuka
Cara:
Campurkan semua bhn ke dlm mangkuk n gaul rata..balancekn rasa masam manisnya..
credit : Mazliza Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
18 Mac 2020 pasti menjadi detik yang cukup bersejarah buat rakyat Malaysia. Apabila seluruh dunia diserang Covid-19, Malaysia tidak terkecuali. Bagi membendung wabak tersebut, pihak kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semua orang harus menjalani hidup dengan norma baru, memakai pelitup muka, hansanitizer dan duduk jarak 1 meter.
Disebalik apa yang berlaku, ada pelbagai insiden berlaku, yang pasti ia meninggalkan memori yang cukup manis untuk diingati semua orang.
Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kt semua rindu mse kne kurung kt rumah hari tu .. 1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia. 2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.
3. Ulang nyanyi lagu dlm video “ke sana-ke sini” PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje). 5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi. PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku br je left group ni kelmarin, too many pretentious people yg nak kan perhatian)
4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
**pullquote**
6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dgn aku-aku pun emo sama!) 7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan “Mak Kau Ijo” menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah 8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!) 9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha). 10. Tiktok challenge yg “Dont Rush” tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.
Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah. Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Patut lah ada kawan aku ms belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sbb laid-back. Ok kalau ada aktiviti viral yg tertinggal, sila nyatakan di ruang komen di bawah #CnP
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stok biskut makin berkurang? Jangan pening kepala kerana anda masih boleh sediakan kudapan ringkas untuk penuhkan stok anda semula. Popia reben adalah jawapannya.
Tengok sahaja gambar Popia Reben Viral ini pasti kita rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Popia berbentuk kipas atau reben ini sebenarnya dihasilkan tanpa resipi tetapi sebaliknya hanya gunakan dua bahan sahaja. Wow hebat!
Kalau bahannya hanya dua, dah tentulah kosnya pun sedikit sahaja. Sambil sediakan makan tengahari, boleh suruh anak-anak buat reben berbentuk kipas ni.
Menurut pemilik popia viral ini, Zura Zul yang berkongsi di grup Makan Apa Hari Ni (MAHN), resipi popia reben ini memang simple nak disediakan tetapi sedikit renyah. Maklumlah nak bentukkan kulit popia menjadi kipas, tentu ambil sedikit masa. Jom cuba cara yang dikongsikannya.
Simple..tapi sedikit renyah nak buat Popia Riben/bunga. Anak-anak memang suka. Laju jer deme makan..☺
Bahan:
Kulit popia
Sosej
Caranya:
1. Potong sosej. Potong agak-agak, tak nipis tak tebal.
2. Ambil straw besar dan tekap pada sosej. Buatkan lubang seperti dalam gambar.
3. Pilih kulit popia saiz kecil dan potong dua.
4. Lipat dan buat macam kipas.
5. Ambil sosej tadi dan masukkan di bahagian tengah kulit popia. Kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
6. Panaskan minyak dan goreng kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili, makan begitu saja pun sedap. Rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Zura Zul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa yang membuatkan ramai kagum dan terharu dengan si nenek yang mahu belajar menulis dan mengeja dengan cucunya yang bertindak sebagai guru. Walaupun dalam usia sebegitu namun dia tetap bersemangat.
Rupa-rupanya warga emas yang dipanggil Tok itu pernah bersekolah namun terpaksa berhenti di usia muda dek kerana pelbagai kekangan.
Justeru, cucunya mengambil peluang untuk membantu neneknya yang begitu bersemangat mempelajari ejaan-ejaan baru bagi membolehkan dia terus berlatih menulis.
Semangat yang ada pada nenek ini wajar dijadikan contoh buat anak muda di luar sana. Betapa dalam ysia sedemikian dia masih ada sifat ingin belajar.
Walaupun mungkin sukar namun sediki demi sedikit lama- lama jadi bukit kan. Yang penting dapat meraih ilmu, tiada istilah terlambat jika dalam mencari ilmu.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.