Resipi Brownies Raya Yang Simple Tapi Sedap. Guna Sukatan Cawan Jer, Cukup Mudah & Gerenti Jadi Guna Cara Ni!

Share

Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, walaupun persiapan kali ini ala kadar memandangkan tak boleh pulang beraya ke kampung, namun juadah raya pasti tetap terhidang di atas meja kan.
Tak perlu pening fikirkan menu yang susah, pilih yang memudahkan ibu-ibu tapi sedap untuk dihidangkan buat seisi keluarga.
Untuk yang gemarkan Browneis, tapi tak pandai nak buat, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan

Azlina Ina Fans yang sememangnya terkenal dengan resipi dan masaknnya yang sedap.
Asalamualaikum anak2 cantik manis Korg sihat ke? mana yg support kelas free mai la belanja satu emoji
ok raya dah dekat nak buat brownies xpandai mak ajar brownies mudah guna sukatan cawan ajer

Brownies Raya

Bahan-bahan
125g butter (senang 1 butter potong 2
1 blok 1/2 coklat beryls(pilih dark) dalam 1 plastik 1kg ade 4 bar kan so ambik 1 bar 1/2 sahaja
cair kan
3 biji telur
1/2 cawan gula perang( xnak manis kalau korg suke manis letk 1 cawan) kacau
Cara membuat:


1. masuk coklat yang kite cair kan tadi dalam bekas yang ada telur dan gula tadi kacau( masa masuk ni coklat mesti panas2)
2. masuk kan 3/4 cawan tepung self rising. kacau sebati ya Allah senang sangat kalau step ni pn korg tak boleh ikut sengaja la korang kan
3. ok lapik loyang 8×8 dgn baking paper wajib lebih kan kiri kanan dia.Tuang adunan panas kan sekejap oven set suhu 140-150 api atas bawah bakar 50minit-1 jam ikut kepanasan oven masing-masing.
4. Wahhh brownies raya dah siap. Mudah sangat diharap semua berani cuba ya
5. Alhamdulillah mak doakan korg berjaya buat brownies sendiri dan kalau ade rezeki boleh juga korang jual nanti ya
IKLAN