Memikirkan cara bagaimana untuk menambah sumber pendapatan jika anda seorang yang kreatif menggubah dan menghasilkan pelbagai jenis bunga hiasan, apa kata pelbagaikan lagi kemahiran anda dengan mengetahui cara untuk membuat adunan bunga sabun.
Diakui bunga sabun bukan sahaja nampak cantik malah berbau wangi dan bila diletakan sebagai penyeri ruang, turut berfungsi sebagai pewangi udara. Pasti ramai menyukainya!
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi untuk hasilkan adunan bunga sabun daripada Hamidah Uda Ahmad. Selamat mencuba!
cexdah nak share resepi doh sabun yang cexdah baru cuba petang tadi.. sesiapa yang teringin nak cuba buat bunga sabun boleh ambik resepi cexdah ni.. cexdah halalkan..
Tak sangka resepi ni simple aje tapi best sangat, doh nya lembut senang nak bentukkan kelopak , tak melekat.. memang best tau..
cexdah Google jer resepi ni kat youtube.. korang jangan susah-susah lagi nak cari resepi kat tempat lain, cexdah kesian kat kawan-kawan yang tak ada duit nak beli resepi.. ada yang jual agak mahal juga, so ambik jer resepi cexdah:
Setiap rezeki itu pemberian Allah SWT. Kita tidak mampu untuk menilai seberapa banyak yang Allah anugerahkan untuk kita melainkan berdoa moga diberikan rezeki melimpah ruah.
Bagi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn Bhd, Dr. Azizan Osman, beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjemput rezeki dalam hidupnya. Sebagai peneraju sebuah syarikat yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2012, sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam menganjurkan pelbagai seminar dan program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi, beliau mempunyai cara dan tip tersendiri untuk kekal berjaya seperti hari ini.
Berkongsi Tip
“Definisi rezeki bagi kefahaman orang biasa mungkin adalah duit, tetapi sebenarnya maksud rezeki ini terlalu besar. Saya tertanya-tanya rezeki mana yang hendak dijemput? Saya melihat rezeki yang dimaksudkan ini sebagai rezeki kekayaan berlandaskan jalan Allah. Jika ditanya apa perkongsian saya, menjaga solat adalah satu kepentingan pada saya. Apa yang saya amalkan adalah melakukan solat sunat taubat, tahajud dan witir sebelum solat subuh.
“Nak buat semua itu, kenalah bangun awal. Orang paling awal akan dapat rezeki paling awal. Siapa paling awal, insya-Allah termakbul doanya sebab ramai orang sedang tergolek tidur kala itu. Saya bangun antara jam 4 hingga 5 pagi setiap hari demi untuk meraih kemakbulan Allah. Selain itu, disiplin, saya buat sebanyak mungkin yang nabi suka. Contohnya nabi suka mandi sunat waktu pagi, jadi saya buat.
“Bukan mudah hendak mandi pagi-pagi buta, tetapi saya buat kerana saya nak nabi suka pada saya. Selepas itu saya biasanya akan ke masjid (kalau tiada seminar) dan akan melakukan solat sunat Subuh disusuli solat Dhuha. Di antara waktu itu, saya isikan dengan istighfar, selawat dan amalan bismillah. Tidak susah melakukannya kerana dalam kereta pun kita boleh berselawat sebanyak-banyaknya.
Selain itu, saya mesti komited dengan sedekah. Kalau bukan setiap hari, sekurang-kurangnya setiap hari Jumaat. Ia wajib bagi saya. Bukan hanya wang ringgit tetapi melalui perkongsian ilmu saya kepada orang di luar sana.
Untuk berada di tahap ini, terlalu banyak cabaran yang saya lalui di kala memulakan langkah. Rasa bimbang, takut pada kegagalan dan takut pada apa orang lain kata menjadi batu penghalang pada permulaannya. Ego, rasa sudah pandai, tidak mahu belajar dan salah faham terhadap bisnes kononnya perlu ada duit banyak menjadi satu tembok yang sukar dilepaskan.
“Kesusahan saya pada tiga tahun pertama ialah kerana saya tiada mentor, ilmu dan sistem. Saya ingat saya pandai dulu. Apabila kita mula belajar dan faham, insya-Allah akan lebih senang. Tak adalah terus jadi tetapi ia lebih mudah,”katanya lagi berkongsi segala tip.
Ketika ditanya apakah cabaran jatuh bangunnya sebelum berjaya, Dr Azizan mengakui bukan senang untuk berada seperti sekarang ini. Semakin banyak dia melangkah, semakin besar ujiannya daripada Allah.
“Cabaran paling besar adalah lupa Tuhan. Dulu saya sibuk kejar duit hingga abaikan Dia. Itu kesilapan saya. Tersasar daripada matlamat asal misalnya kenapa saya berniaga, untuk siapa dan untuk apa menjadi cabaran saya ketika awal langkah. Kini saya mula memahami bahawa berniaga bukanlah hanya untuk mencari wang semata-mata tetapi paling utama menggunakan kemahiran kita untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Membantu orang lain menyelesaikan masalah dan menggembirakan hati orang lain, insya-Allah semuanya akan berbalik kepada kita kelak, Itulah keikhlasan sebenar kita berniaga,” ujarnya lagi.
Definisi Rezeki Kekayaan
Menurut Dr. Azizan lagi, rezeki kekayaan tidak hanya daripada wang ringgit semata-mata. Rezeki hadir dalam pelbagai cara dan setiap orang rezekinya berbeza-beza. Namun Dr Azizan mengklasifikasikan rezeki kekayaan berdasarkan pelbagai aspek.
“Yang pertama adalah kekayaan jiwa sebagaimana Rasulullah SAW menyebut, sebenar-benarnya orang yang kaya itu adalah yang kaya jiwa. Kekayaan jiwa adalah kekayaan dalaman, kekayaan dari segi hati dan kekayaan kolam jiwa. Kekayaan ini berkaitan tentang hati, antaranya bersangka baik, beradab, sopan dan berdisiplin.
“Kedua adalah kekayaan kesihatan. Menjemput rezeki dari sudut kesihatan, kita kenalah buat senaman dan menjaga tubuh badan sebaiknya di samping tidur yang mencukupi serta menjaga kadar hidrat badan. Kekayaan ataupun rezeki dalam hal keluarga, di mana kita menjaga silaturahim sesama anggota keluarga juga dianggap sebagai kekayaan rezeki.
Keempat adalah rezeki daripada hasil kerja atau tugasan yang kita buat dengan baik. Ini juga akan menjemput rezeki kepada kekayaan. Kelima, adalah rezeki dari segi wang dan harta. Kepintaran dan kebijaksanaan yang dianugerahkan Allah juga adalah rezeki. Tidak hanya di situ, berada di sekeliling orang-orang yang bijaksana, berilmu, alim dan soleh juga adalah satu rezeki yang bagus.
Pengalaman juga dianggap sebagai satu rezeki dari Allah. Apabila kita melalui satu pengalaman, pengembaraan dan cabaran, di situlah kita akan mempelajari sesuatu sekali gus menambah kebijaksanaan sedia ada. Akhir sekali adalah rezeki dari segi keberkatan yang mana ia diperoleh daripada sumbangan, sedekah zakat, wakaf atau infaq,” katanya dalam huraian penuh panjang lebar.
Cari Keberkatan
Menurut Dr Azizan lagi, menjaga hubungan dengan Allah adalah kunci kepada keberkatan rezeki yang kita miliki. Jika hubungan dengan Allah tidak dijaga bagaimana Allah hendak mendatangkan rezeki kepada kita.
“Satu hadis menyebut, “Tuhan mengikut sangkaan hamba Nya”. Apa yang kita sangka, Allah akan tunaikan. Kalau tidak hari ini, esok lusa pasti Allah makbulkan doa kita. Kuncinya adalah dengan bersolat. Solat adalah tanda syukur kepada Nya. Dalam Quran ada menyebut, “sesiapa yang bersyukur nescaya aku akan tambahkan lagi kepadanya.” Dan kunci rezeki itu Allah akan datangkan kepada kita bila kita banyakkan syukur kepada Nya.
“Ketiga adalah dengan memperbanyakkan sedekah kerana itulah janji Allah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak yang kita dapat. Inilah kunci keberkatan. Yang keempat adalah menyucikan diri dalaman dan luaran. Pembersihan ini apa yang saya panggil sebagai kolam jiwa. Hati ialah tempat Allah pandang kita, hati adalah tempat cahaya. Kalau hati kita diperbaiki, nescaya kita akan lebih mudah mendapat keberkatan. Jadi jika hendak mudah rezeki, kita jaga kolam jiwa kerana ia terus dengan Allah. Allah pandang hati kita, insya-Allah doa kita akan termakbul.
Seterusnya banyakkanlah istighfar dan selawat ke atas Nabi SAW. Ini juga sebagai amalan pembersihan kolam jiwa dan pintu kepada semua rezeki. Inilah yang saya amalkan sejak dulu.
Selain itu, memperbanyakkan salam dan senyuman juga sebagai salah satu cara. Salam adalah sebagai satu cara mendoakan orang lain. Sekali kita mendoakan orang lain, 10 kali ganda Allah akan balas untuk kita. Begitu juga dengan senyuman yang tergolong sebagai sedekah.
Tidak dilupakan adalah sentiasa menjaga silaturahim sesama manusia. Tidak ada gunanya kita berniaga tetapi tidak menjalankan silaturahim sesama kita. Akhir sekali adalah berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT,” katanya panjang lebar.
5 Tip Persiapkan Psikologi
*Memahami bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin Nya.
*Memahami bahawa Allah tidak pernah zalim sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri ketika berniaga.
*Menyedari setiap kegagalan pasti ada hikmahnya dari Allah.
* Kembali kepada Allah setiap kali gagal seperti melakukan solat taubat dan memohon maaf sambil meminta petunjuk daripada Nya.
* Tidak lagi mengulangi perkara sama di samping mendapatkan ilmu daripada mentor, melalui sistem yang tepat.
sumber: Majalah Keluarga Januari 2016
Gambar: http://azizanosman.com/blog/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sebelum ini Dato’ Aliff Syukri memuat naik gambar sanding dan throwback waktu akad nikah, kini giliran datin Seri Shahida pula berbuat demikian.
Dua hari lepas Datin seri Shahida memuat naik kisah perkenalan mereka sehingga membawa ke jenjang pelamin.
Mengimbas kenangan waktu suami tersayang mula berniaga, pelbagai cemuhan dan kata keji diterima. Namun tidak menjadi kudis buat mereka. Percaya jodoh itu rahsia Allah dan suaminya adalah pilihan terbaik buatnya, Datin Seri Shahida amat menghargai jerit perih suaminya itu dalam mencari rezeki demi kebahagian mereka sekeluarga.
Terasa cepat masa berlalu….anak2 pun makin bertambah….Syukur dikurniakan kehidupan yg lebih baik berbanding dahulu…dalam kehidupan kita ni banyak benda berlalu bagaikan mimpi….dulu saya nak ada rumah cantik saya selalu merungut dekat @aliffsyukriterlajaklaris saya kata tgk rumah orang lain semua cantik rumah kita x lawa….tapi dia cakap sabar lah kumpul duit dulu…Alhamdulillah rezeki Allah selalu ada utk orang sabar dan berusaha.
Perkenalan singkat yg membawa ke jinjang pelamin..dugaan perkahwinan terlalu kuat…dugaan menjadi terkenal juga satu dugaan…orang selalu tanya kenapa saya kahwin dgn @aliffsyukriterlajaklaris saya tiada jawapan…sbb Jodoh itu Rahsia Allah…cuma saya yakin suami saya adalah yg terbaik…tidak merokok,tidak keluar malam,bukan kaki perempuan,bukan kaki mabuk,rajin berusaha dan mencari nafkah buat keluarga.
“Zaman dia baru berniaga dia tak akan balik selagi dia tidak mendapat gaji sehari seperti beliau bekerja sebelum ni…dia juga pernah telefon saya menangis sedih bila barang jualannya ketika itu tidak ada seorang pun yg nak beli…….Isnya Allah akan jadi pembimbing yg baik juga.”
Dalam pada itu, Dtain Seri Shahida turut memuat naik gambar kenangan bersama suami dan anaknya ketika bercuti di Beijing. Ketika itu, dua anaknya masih kecil lagi. Memang nampak ketara perubahan Dato’ seri Aliff dulu dan sekarang kan. Dulu berisi sekarang kurus.
Dikeji dicaci dihina kadang dipuji tidak menjadi kudis buat mereka. Sebaliknya Allah lebih mengetahui. Menurut Dtain Seri Shahida, percaturan Allah tak pernah salah sentiasa berbaik sangka.
“Mudahan anda semua mendoakan perkahwinan kami diberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat,jadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah,jadikan keluarga kami keluarga yg sakinah mawaddah dan warahmah.”
Jujur mengatakan dirnya tidak romantis dan agak malu nak tulis kata2 romantis terutama untuk tatapan khalayak ramai, sebaliknya Datin Seri Shahida cukuplah suaminya tahu betapa dia sangat menghargai setiap jerih payah suaminya itu mencari rezeki buat keluarga mereka.
Kita sebagai ibu ayah tentu sahaja mengharapkan anak-anak kita bila belajar di sekolah akan menjadi insan yang bijak dan berjaya. Tipulah kalau tidak gembira dan bangga bila setiap kali peperiksaan anak-anak dapat keputusan yang cemerlang.
Umumnya bila kita lihat ibu ayah seorang anak itu hebat, bagus latar belakang kerjayanya, kita merasakan anak-anaknya juga pasti pintar belajar.
Pun begitu usah merendah diri jika diri kita sebaliknya, hanya biasa-biasa namun percayalah masih mampu melahirkan anak bijak dan hebat berkat usaha yang berterusan. Semua ini boleh berlaku dengan izinNya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Pengiran M.Nizam Rahman tentang kisah kakaknya yang mempunyai anak-anak yang bijak dan berjaya dalam akademik walau pun kakaknya itu hanya biasa-biasa sahaja.
Nak Anak Bijak, Amalkan Ayat Ini
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah dekat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak ke mana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN FAYA KUUUN” kau niatkan dalam hati apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.