Nak pikat suami dan anak-anak makan ni, kena buat hidangan yang menarik tapi sedap.
Apa kata cuba hidangan resipi butir nangka ini. Walaupun nama nangka tapi buah berkenaan bukan asas bahan-bahannya. Hanya menggunakan tepung pulut dan gandum sahaja serta pewarna.
Cara nak buat memang mudah. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Resipi Butir Nangka
Bahan-bahan buat doh
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Ads
Pewarna ikut citarasa
Cara penyediaan:
Campur semua bahan-bahan di atas uli sehingga tk melekat di tgn. Pastu bahagikan doh ikut warna kesukaan…kemudian bulatkan doh seperti pic….
Rebus dalam air menggelegak dan masukkan satu persatu butir nangka.
Sediakan periuk lain. Perlahankan api masukkan semua bhn2 di atas kacau rata dah mendidih masukkan butir nangka tadi .Bg mendidih n kacau perlahan2 seketika dan boleh tutup api. Siap!
Selamat Mencuba
Sumber: Sue Shuk
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuih kalau dibuat dengan menggunakan daun pandan pasti harum bau dan cantik pula warnanya.Malah turut memberi rasa yang tersendiri, begitu juga jika menyediakan kuih donut pandan ini.
Menariknya resipi donut yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat bukan sahaja gebu malah enak.
Menurutnya hanya diuli dengan tangan, adunan yang cantik dan enak seperti boleh dihasilkan.
Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar. Selamat mencuba! Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah. Bahan-bahan
-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan. Cara membuat:
1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing) *kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.
Puding kastard tiramisu biskut cream crackers, pemanis mulut menggoda selera. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar makanan manis.
Gabungan tekstur kastard yang lembut dan berkrim bersama rasa lemak manis biskut kraker menjadikan hidangan ini pilihan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga. Lebih menarik, resipi ini tidak memerlukan ketuhar, hanya dimasak atas dapur dan disejukkan sebelum dihidang, menjadikannya sangat praktikal untuk disediakan pada bila-bila masa.
Resipi ini juga sangat sesuai untuk pelbagai majlis seperti rumah terbuka, jamuan kecil, atau sebagai hidangan penutup selepas makan malam. Aroma vanilla dan lapisan serbuk milo, koko atau nescafe menambah keistimewaan kepada hidangan ini, memberikan sensasi seperti menikmati tiramisu versi tempatan yang lebih ringkas tetapi tetap lazat.
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
5 tin air (guna tin susu yang sama sebagai sukatan)
8 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Serbuk milo/ koko/nescafe secukupnya
Biskut Cream Crackers secukupnya
2. Masak di atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan menjadi pekat, likat dan berkilat.
3. Setelah pekat, tutup api dan terus ke langkah seterusnya.
4. Sediakan loyang bersaiz lebih kurang 10×10 inci dan basahkan sedikit dasar loyang tersebut.
5. Tuangkan dua senduk adunan kastard ke dalam loyang.
6. Taburkan serbuk milo, koko atau nescafe di atas lapisan kastard.
7. Susun biskut Cream Crackers di atasnya.
8. Ulang langkah menuang kastard, menabur serbuk dan menyusun biskut sehingga adunan kastard habis.
9. Untuk lapisan terakhir, taburkan lebih sedikit serbuk milo atau koko sebagai hiasan.
10. Simpan puding dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam atau sehingga betul-betul mengeras.
11. Potong dan sedia untuk dihidangkan.
Puding Kastard Tiramisu Biskut Cream Crackers adalah pencuci mulut yang bukan sahaja mudah disediakan, malah sangat memikat rasa. Ia merupakan alternatif ringkas kepada tiramisu klasik yang tetap mengekalkan keistimewaan dari segi rasa dan persembahan.
Hidangan ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga, apatah lagi apabila dinikmati dalam keadaan sejuk yang menyegarkan. Cubalah sendiri di rumah untuk menikmati keenakan setiap lapisan.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...