Resipi Gulai Masak Ayam Kelate Sedap & Harum Semerbak Bau. Cikgu Ni Kongsikan Rahsianya!

Share

Aromanya yang harum ditambah rasanya yang sedap membuka selera kita. Tapi bila buat sendiri rasanya dah lain kan?

Kalau Ibu-ibu nak cuba sendiri di rumah, boleh guna resipi yang di kongsikn oleh puan Afy Al Habibi. Dia yang juga seorang guru berkongsi rahsia Gulai Ayam Kelate yang sedap dan harum bau nya.


5 Rahsia Nasi Bungkus Gulai Ayam Kelate

Cikgu janji nak kongsi semalam. Terpaksa tunda hari ini. Terkejut juga cikgu tengok sambutan ramai nak tahu cara cikgu gulai ayam. Sekali cikgu kongsi pasti segala rahsia cikgu bongkarkan semua sekali. Jangan kata gulai semua rasa sama. Kalau pernah makan nasi bungkus dekat Kelantan, mesti aroma dan rasa gulai ada beza. Semerbak bau dan sesedap rasanya kalau sesiapa pernah makan nasi bungkus dekat Kelantan.

Bolehlah tengok resepi ringkas cikgu sertakan di bawah. Untuk tahu rahsia lebih lengkap, baca dekat gambar yang cikgu sertakan.

Sangat berguna untuk peminat gulai ayam yang suka masakan pantai timur.

Silakan resepinya.

 

GULAI AYAM MEK KELATE

( Untuk 5-6 ketul ayam)

1. Kisar bahan di bawah;

*3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen)
*1 ulas bawang putih
*Sehiris nipis lengkuas
*Sehiris halia


*Dua hiris nipis serai
*secubit ketumbar
*secubit jintan manis

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.

3. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar.

4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan.
Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.

5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa.
(secubit asam jawa + secawan air kosong)

6. Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1/2 relung nisse kampung / 1/2 sudu besar gula Melaka
– secubit dua garam bukit

Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak.

7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya.


Biarkan ia mereneh selama 20 minit.

8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat.

Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.

9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.

10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

Selamat mencuba semua.
#resepicikguafy

IKLAN