Resipi Kek Lapis Yogurt Tiga Rasa Patut Cuba. Lembut, Sedap & Cantik Kejadiannya. Memang Menjadi!

Share

Kalau dulu sebut sahaja kek lapis pasti ramai yang terbayang akan rasanya yang enak.

Walaupun ada yang mengatakan resipi agak sukar untuk dibuat, tapi sebenarnya mudah je. Apa lagi jika kita pandai mengolahnya menjadi pelbagai perasa. Pasti lebih menarik untuk dihidangkan seisi keluarga.

Untuk kali ini, admin nak kongsikan Resepi Kek Lapis Yogurt 3 Rasa. Jom cuba!


Bahan-bahan
500g mentega
140g gula(1gelas)
1sudu makan esen vanilla
1sudu makan ovalett
250gram cream cheese
50gram serbuk santan
350gram susu pekat manis
50gram susu tepung
200gram horlicks
10biji telur
165gram tepung gandum(1 1/2 gelas)
5sudu makan YOGURT perisa blueberry
5sudu makan YOGURT perisa strawberry
5sudu makan YOGURT perisa asli
Pewarna merah jambu
Pewarna unggu
Pewarna putih

Cara membuat:

  • Putar mentega dan gula sampai kembang atau putih.
  • Masukan ovalett. Putar lagi sampai kembang.
  • Masukan telur satu persatu. Putar sampai betul betul sebati.
  • Masukan cream cheese & susu pekat ,putar lagi sampai sebati. Masukan pula horlicks,susu tepung dan serbuk santan. Gaul sebati guna senduk sahaja. Akhir sekali masukan tepung . Gaul guna senduk sampai sebati.

Bahagikan kepada 3 bahagian

  • Bahagian 1 warna merah jambu ditambah YOGURT perisa strawberry
  • Bahagian 2 warna putih ditambah YOGURT perisa asli
  • Bahagian 3 warna unggu ditambah YOGURT perisa blueberry

sediakan loyang 9×9′

  • Kukus berlapis lapis.
  • Bahagian 1 dulu selama 40minit.Diikuti bahagian 2 selama 1jam.
  • Seterusnya bahagian 3 selama 1 jam 30 minit untuk keseluruhan kek masak

SELAMAT MENCUBA

Original resepi: eiyjarnazeanangah

 

IKLAN