Resipi Kek Oren Gebu Yang Cukup Mudah, Guna Blender Je. Tak Payah Guna Mixer & Penimbang. Wanita Ni Kongsikan Resipinya

Share

Sambil menantikan tetamu datang ke rumah, ibu-ibu bolehlah cuba resipi Kek Oren untuk dihidangkan nanti. Caranya cukup mudah, tak perlu guna mixer pun.

Jom admin kongsikan resipi dari Sharfiza Aziz ini.


Projek bila coti2….

Barang semua ada. Nak buat kek yg paling ringkas, mudah tapi sedap. Tak sampai sejam dah siap & boleh makan…

Jom kita buat. Sapa yg malas2 boleh le simpan resepi ni. Tak payah guna penimbang…tak payah guna mixer…mudah sungguh.

Saja nak share utk kekwn. Sbb ramai dok minta kata sedap…he3

RESEPI KEK OREN SUNQUICK

===========================

Bahan A:

4 biji telur B

1 cwn gula castor

3/4 cwn minyak jagung

1/2 cwn oren sunquick

2 sudu susu pekat

(Semua bahan di atas just blender je hingga kembang & gebu)

 

Bahan B:

2 cwn tepung gandum

(sy suka guna tepung superfine)

1 sudu baking powder

(ayak kedua-dua skali k)

 

 

Cara2nya:

Bahan A yg siap diblender tadi masukkan dlm bekas and than campur bahan B yg siap diayak. Pastu kaup balik je.

Siap kacau adunan. Siapkan loyang.

(Sy selalu sapu majerin dlm loyang pastu panaskan dlm over lebihkurang 5 minit je sebelum tuangkan aduan. Tujuannya utk elakkan kek melekat bila ditanggalkan nanti)

Tuang adunan td di loyang yg tgh panas td.

  • Bakar pada suhu 160° selama 40 – 45minit.

Taadaaaa……siap

IKLAN