Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Ini Caranya Nak Buat Memang Sedap!

Share

Kek pisang ni ramai yang suka makan. Rasanya yang sedap membuatkan ramai yang mengemarinya. Bukan sahaja orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga.

Terbaharu, kek pisang diubah suai menjadi kek yang disalut dengan coklat yang pastinya membuatkan rasanya lebih sedap.

Selanjutnya ikuti perkongsian ini.

Rasanya dah ramai dah cuba resepi kek pisang ni,memang di akui sedap gilerr kan.ramai jugak dah guna resepi buat niaga sebab terbukti sedap.resepi ni dari sahabat kaksue tokey kukis theblackwhisk.Kek pisang letak cuka? ye letak cuka untuk buat buttermilk.sedapp kek ni tau,dia lembab dan mewah dengan coklat tuu haa.kaksue ikut resepi bawah ni jer.kaksue copy paste semula resepi ni.tak payah pakai blender or mixer.senang bukannย 

๐‘๐„๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐Š๐„๐Š ๐๐ˆ๐’๐€๐๐† ๐‚๐Ž๐Š๐‹๐€๐“ ๐Š๐‹๐”๐’๐“๐„๐‘ ๐Š๐€๐˜๐€๐๐†๐€๐. ๐’๐„๐ƒ๐€๐!

Bahan-bahan:
.
4 biji pisang
1/2 cawan susu full cream/fresh
1/2 sudu makan cuka
120g soft brown sugar
115g mentega
160g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
25g serbuk koko
1/2 sudu kecil garam

Bahan hiasan:

Walnut/badam yang dibakar
Chocolate chips

Cara-cara:
๐ŸŒธLenyekkan pisang.
๐ŸŒธCampurkan susu dgn cuka utk jadikan ia buttermilk. Biarkan seketika dlm 10min
๐ŸŒธCairkan mentega
๐ŸŒธCampurkan susu dgn gula. Godek2 dan masukkan mentega.
๐ŸŒธAyakkan tepung, soda bikarbonat dan koko. Masukkan ke dalam adunan tadi.
๐ŸŒธMasukkan garam dan pisang.
๐ŸŒธMasukkan 2 genggam coklat chips dan segenggam walnut *jika mahu kekacang
๐ŸŒธTaburkan diatas kek tadi lebihan coklat dan kekacang
๐ŸŒธBakar pada suhu 150c, 45 min / sehingga kek masak. Saya guna loyang 7 inci.
*Sedap jika guna coklat belgium dan pure butter ๐ŸŒธ

Boleh rujukan gambar.

Sumber: Suhasnida Ismail via Rushdi Lazim

IKLAN