Resipi Kuih Lopes Yang Sedap & Mudah Pula Tu, Tekap Guna Cawan Je. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Siapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih lopes kan. Kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan

Memandangkn sekarang ni PKP, jadi pasti susah nak dapat kuih ini kan. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga untuk berbuka nanti. Lebih jimat dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan.

Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Sally Aqua


Kuih Lopes cara k.sally.

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut (Dapat 15-20 biji kuih lopes)

2.5 cawan air

Pewarna hijau Daun pandan

Satu sudu minyak masak

Sedikit garam (hujung sudu shj)

Kelapa parut untuk menggaul pulut

6 sudu gula merah

2 sudu gula putih

Cara buat di gambar step by step.
Moga bermanfaat buat puan2 😊

Malas nak buat air pandan, letak pewarna aja
Guna beras pulut susu pun boleh
Masuk daun padan bg wangi
Masukkan minyak sikit.
Tanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawan
Tanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawan
Prepare air gula
Masak sampai pekat
Prepare kelapa parut
Masa pulut tgh suam2 tu, tekan dlm tupperware

Tebal agak2 nak tebal mana
Ambik cawan plastik
Tekan
Gaul kelapa

Dah siap.
IKLAN