Resipi Mango Cheese Cake Super Sedap, Tak Perlu Mixer & Oven. Cukup Mudah Nak ‘Sebiji’ Di Kedai Kek!

Share

Selain dijadikan pemanis mulut yang dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus, potongan mangga juga boleh dijadikan bahan penambah kesedapan dalam cheese cake. Caranya cukup mudah.
Ini yang dikongsikan oleh Nuryatie PG’s apabila menjadikan Mango Cheese Cake sebagai juadah pemanis mulut. Baik di ambil ketika berbuka puasa ataupun moreh. Caranya pun cukup mudah nak buat. Anda tak payah nak guna mixer mahupun oven. Cukup ringkas caranya.
Selamat mencuba!

RESEPI MANGO CHEESE CAKE

1) Lapisan bawah

-cairkan butter separuh..dah cair masukkan biskut yang dihancurkan
-kacau-kacau pastu masukkan dalam loyang..padatkan

-biskut marie dlm 20-25 keping

2) Lapisan 2

-blend cream cheese yang 250g pastu masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dlm 2@3 sudu ( klu nk manis tambah lagi)

-bancuh gelatin dlm sesudu besar campur air panas dalam 3 sudu..kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi..blend sampai sebati

*dalam cream cheese kalau nk letak puri manga atau manga yang potong kecik2 pun boleh!

3) Masukkan adunan blend td dlm lapisan pertama..biarkan beku dlm 15-20 minit

4) Untuk puri mangga – blend sampai betul-betul halus campur dengan gelatin 1 sudu besar yang dah siap dibancuh dengan air panas

*manga untuk puri saya saya pakai sebijik

5) Masukkan dalam loyang tadi..pastikan creamcheese dah beku..takut nanti adunan bercampur

6) Letak mangga yang dah potong kecik..suka hati la nak hias macam mana pun.

7) Sejukkan..tuggu la dalam 4,5 jam kalau tak sabaq potong ja makan.

IKLAN