Bagi ibu-ibu yang mempunyai keluarga dan anak, bab nak berdiet atau dalam erti kata yang lain jaga makan agak sukar. lebih-lebih lagi anda juga yang memasak di rumah. Mana tahan tengok makanan yang lazat, tak mampu kan nak ambik bau je.
Sebenarnya, nak kurus bukan hanya bergantung pada senaman dan diet semata-mata. Ibu-ibu dan wanita di luar sana boleh pelbagaikan cara. Apa kata kita cuba resipi minuman untuk kawal selera makan ni.
Ia merupakan perkongsian oleh Puan Eka Zahra. Menurutnya, kaedah yang dipraktikkan ini membolehkan dalam masa seminggu perutnya makin kempis dan berat turun sebanyak 1 kg.
Assalamu’alaikum.
Ads
Hari ni akak nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah. Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini. Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pon cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari2 masak dan suka pulak makan kuih muih. seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resepinya : (hasil bergantung badan masing2 yea ?)
* 1 liter air * 2 batang serai diketuk * 2 batang kulit kayu manis * 4 inci halia diketuk * 5 kuntum bunga cengkih * 1 bj lemon dihiris * madu
Ads
Ads
1. Didihkan air 2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU 3. Masak selama 5 minit 4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon 5. Biarkan 1 jam 6. Bila nak minum tambahkan madu 7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Nota : * Baki air boleh simpan dlm peti sejuk * Resepi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawa isteri keluar jalan kejap pun mampu hilangkan penat, bosan dan stres, namun ramai suami yang tak sedar akan perkara ini. Apa lagi bila dia ajk bercuti. Apabila isteri ajak, ada saja alasan dan ada juga yang mengatakan isteri hanya mahu menghabiskan duit. Tak kurang yang mengatakan isteri mengada-mengada. Sedangkan ada sebabnya kenapa isteri berbuat demikian.
Baca perkongsian dari saudara Taufiq Razif. Moga bermanfaat buat suami isteri di luar sana.
Serius dulu saya ingat bercuti ni sia sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.
Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Yelah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.
Rutin yang sama ni je saya duk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ni perlahan lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.
Masa tu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ je!
Ni saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson kejap. Memang nampak bersinar sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia dah suka sangat dah. Ikut bajet masing masing je sebenarnya.
Selama ni kita duk ingat isteri kita manja dan mengada ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.
– Taufiq Razif –
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Ramai antara kita kini suka menanam pokok bunga untuk mengisi masa yang terluang dan dalam masa yang sama dapat juga menambahkan keserian ruangan laman dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi.
Selain pokok-pokok bunga ini boleh terus di tanam ke tanah, menarik juga jika ditanam di dalam pasu yang boleh dipindah alih bagi memberikan gaya susunan laman yang lebih menarik.
Bercerita tentang pilihlah pasu, sebaiknya pilihlah yang bersaiz besar agar pokok dapat hidup subur dan membesar dengan baik. Pun begitu, lazimnya pasu yang bersaiz besar harganya pun boleh tahan juga. Jadi untuk lebih berjimat, apa kata anda lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Puan Zalina Zakaria di group fb Kelab Kaki Deco Barang Eco/Mr DIY .
Bahan-bahan yang diperlukan :
Besen
Drill
Langkah 1 : Beli besen bersaiz besar dan sama saiz untuk nampak sekata bila ditempatkan di laman.
Langkah 2 : Gunakan drill dan tebuk bahagian bawah besen. Mulakan daripada menebuk bahagian tengah.
Langkah 3 : Buat beberapa lubang seperti di dalam gambar. Siap untuk digunakan.
Langkah 4: Masukkan tanah ke dalam besen tersebut dan tanam seperti biasa.
Ekstra info : Untuk nampak lebih cantik perletakkan pokok bunga, boleh juga dibuatkan kaki menggunakan campuran simen dan pasir terlebih dahulu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520