Resipi Mudah Untuk Bujang. Masak Ayam Kurma Guna Periuk Elektrik Pun Dah Sedap!

Share

Zaman sekarang, bukan orang yang dah berkahwin sahaja boleh masak malah orang bujang juga sangat perlu skil memasak walaupun tiada kelengkapan dapur.

Jangan bimbang, resipi ayam masak kurma yang dikongsikan oleh. ini sangatlah mudah kerana hanya masak menggunakan periuk elektrik.

Resipi ini juga tidak memerlukan banyak bahan dan sangat sesuai untuk anak-anak yang bersekolah atau belajar di kolej. Selamat mencuba.

Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan:

  1. Ayam
  2. Serbuk kurma
  3. Kentang
  4. Asam jawa
  5. Air
  6. Bawang putih
  7. Bawang merah
  8. Santan
  9. Garam

Cara-Cara:

– Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dikisar.

– Tuangkan air yang sudah dicampur dengan serbuk kurma (jangan terlalu cair).

– Tambahkan sedikit air dan masukkan ayam.

– Masakkan ayam selama 10 minit kemudian masukkan kentang yang dipotong kecil-kecil.

– Masukkan garam, santan dan sedikit asam jawa. Bila kentang dah lembut dikira siap.

Sumber: Syiqin Azrin

IKLAN