Resipi Muffin Ala Kenny Rogers Yang Simple, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan. Wanita Ni Kongsi Caranya!

Share

Jika anda menggemari muffin ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resipi ini. Sesuai sekarang anak-anak cuti sekolah, jadi ajak mereka buat bersama pasti lebih menyeronokkan.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin. Rasanya yang enak dan cara buat yang mudah pasti si ibu puas dan gembira dengan hasilnya.

CHOCLATE HEAVEN MUFFIN
Assalamualaikum… Arini sis nak share resipi yg seeenang sgt‍‍ Bahan Pon mudah utk sediakan…. Cuti2 Ni boleh la baking dgn anak2.. Sedap mcm Muffin Kenny Rogers hampa Jom start
*Semoga Kita sama2 dimurahkan rezeki Aminnn

Bahan A
2 Biji telur
100gm minyak jagung
150gm gula perang
130gm susu segar
Esen vanilla

Bahan B
200gm Tepung gandum
1sdt Baking powder
1sb Serbuk Koko
Choclate chip

Cara membuat:
1)campurkan kesemua Bahan A, Gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.


2)Masukkan Bahan B Gaul sehingga rata jangan terlalu lama.


3) Masukkan sedikit choclate chip Dan selebihnya letak diatas muffin

4) Senduk kan 3/4 kedalam muffin cup, tabirkan choclate chip mengikut citarasa anda.


5) Bakar dengan suhu 200° selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ayuh sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan mendaftar di http://www.wasap.my/60169647520

 

IKLAN