Resipi Nasi Arab Yang Simple Tapi Sedap, Masak Guna Rice Cooker Jer. Sekali Buat terus jadi!

Share

Bunyi macam susah, tapi sebenarnya cukup senang nak buat. Asalkan tahu caranya. Ringkas, mudah tapi sedap. jom cuba resipi yang dikongsikan puan
Dila Noordin . Sekali buat terus jadi katanya.

.

Nasi Arab Simple Tapi Sodap

Ni adalah percubaan pertama saya. Dan menjadi . Balik solat jumaat suami terkejut tengok isteri nya masak Nasi Arab . Surprise dekat anak² juga sebab memang favourite dorang. Selalu teringin makan di kedai je. Kali ni nekad nk cuba masak sendiri. Bila makan suami dan anak puji² sampai kn si kecil umur setahun lebih pun makan tambah²..

Oleh itu, saya pun semangat nak share resepi kat korang. Hahaha, pi pikat vitamin korang tau.

Nasi Arab ABC versi saya.

.

Bahan Rebusan Ayam

– Ayam ½ekor potong 2.
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 biji cili hijau belah 4 (td tt guna yg merah lupa beli hijau )
– 1 batang kulit kayu manis
– ½ sudu jintan manis biji
– ½ sudu biji ketumbar
– ½ sudu lada hitam biji

.

—> rebus semua dalam air tengelam ayam sehingga 30minit, garam sesudu.

—> angkat ayam lumur dgn serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.

.

Bahan Tumis Nasi

.

– minyak sapi / butter / minyak masak
– 2½ pot beras basmathi yg telah di rendam ±30min
– ½ sudu biji ketumbar
– ½ sudu jintan manis
– ½ sudu lada hitam

—> tumis bahan sehingga naik bau, masukkan beras kacau ± 1min. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa. Alihkan ke rice cooker. Tabur daun ketumbar atas ayam bau sedap sangat.

.


.

Salatah & Sambal

– timun di buang biji tengah, tomato di potong dadu.
– bawang besar racik halus.
– garam dan perahan lemon.

Sambal.
-3 btg cili besar merah + 3 cili padi merah, tomato, dun ketumbar.
– blend semua dan perasakan dgn garam gula perahan lemon.

Haa..dah siap. Esok cuti korang cuba tau. Mesti bertambah² makan.

IKLAN