Resipi Peria Goreng Simple Je Tapi Sedap. Nak Lebih Crispy & Tahan Lama Wajib Buat Tip Ini. Mudah!

Share

Kalau sebut je peria pasti ramai yang membayangkan rasanya yang pahit. Tapi sebenarnya pahit itu ubat.

Nak hilangkan rasa pahit tak susah mana pun. Jom cuba buat Peria Goreng Crispy ni. Simple je tapi memang sedap, crunchy dan pedas-pedas tepung tu membuatkan satu keluarga menyukainya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan Sheena Supramaniam

Hi semua… apa khabar…
Hari ni sy nk share recipe simple n sedap.
Peria goreng crispy.
Kalau ikut cara yg betul mesti blh dpt crispy2 gitu…
Resepi ada kat caption setiap gambar ye.
#sheenasupraskitchen #theangelskitchen

Cara membuat:
1. Peria katak potong nipis2. Cuci n Rendam dlm air garam selama 20min. Then bilas sekali lg
2. Masukkan garam n kacau sebati
3. 1½ sk s.kunyit
1½ sb s.cili
2sk s.lada putih
1½sb jintan manis tumbuk kasar
Kacau sebati
4. Biarkan selama 30min
5. 2sb t.jagung
2sb t.beras
Kacau sebati
6. Dah ready nk goreng…
7. Minyak kena banyak ye. Set api kecil dan tunggu minyak betul2 panas. Apabila minyak dah betul2 panas. Naikkan ke api sederhana atau sederhana besar dan boleh mula goreng. Ikut tips baru boleh dapat peria betul2 crispy dan tahan lama.

.

8. Siap… tunggu sejuk baru masukkan dlm bekas kedap udara ye. Rangup sampai ke mlm… Suam2 pun x blh… nnti lemau.

IKLAN