Resipi Puding Biskut 3 Bahan Ni Dapat Share Hampir 5k Di FB. Terlajak Mudah & Sedap Pula tu. Patut Ramai Cuba!

Share

Bagi ibu-ibu yang suka memasak, memang akan memilih resipi yang menjimatkan masa serta digemari oleh sekeluarga.  Bukan itu sahaja, bahannya, cara penyediaannya dan cara masaknya mesti nak yang senang kan. lagi-lagi bagi ibu yang bekerjaya.

Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, ibu-ibu dah boleh hasilkan puding biskut yang lembut dan sedap. Ramai yang dah cuba tau. Hampir 5 ribu perkongsian di Facebook. Ha..Jangan tak percaya.

Perkongsian viral oleh puan Rania Amira memang superb! Paling mengkagumkan, hanya guna blender dan siap! Mudah sangat kan. Boleh jadi menu express jika tekak nak ‘mengidam’ nak makan desert.

Ikut resepi berikut: 

Puding biskut 3 bahan siap…

Bahan-bahan
23 keping biskut
4 bji telur
1/ 2 cawan Susu pekat manis (nk manis blh isi lebih…tu je)

Cara membuat:

  • Rendam biskut dan tos kan

  • Blend semua bahan di atas
  • Bahagi 2 bahagian…1 tu saya isi serbuk coco

  • Dah boleh kukus…1 lapisan dalam 5 minit
  • Kukus yang last tu dalam 20 minit…

  • Sejuk baru boleh potong…

  • #DAHSIAP
IKLAN