Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.
Jom cuba Puding Karamel hasil perkongsian dari Mimiey Zuhaa. Selamat mencuba!
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan, budak-budak pun sukaa..
Bahan gula caramel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
Cara membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3 Biarkan ia larut dan tidak berketul.
4 Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
6.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
7.Apabila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang Mudah,ringkas dan cepat kan. selamat mencuba!
“Kalau Orang Kata Dia Tak Baik Saya Sakit Juga, Nama Pun Ibu Kan.” Luahan Bonda Aliff Syukri Buat Netizen Terharu & Sebak!
Ibu mana yang sanggup mendengar atau melihat anak sendiri dikecam. Biar mungkin si ibu tidak bersetuju dengan tindakan si anak, namun nun jauh di sudut hatinya pasti terselit rasa sedih mendengar dan membaca kecaman yang diterima si anak.
Demikilah juga dengan Bonda Rozita bila mana anaknya Dato’ Seri Aliff Syukri menerima kecaman demi kecaman dek perbuatannya baik ketika memuat naik menerusi laman sosialnya mahupun di hadapan khalayak ramai.
Menerusi satu posting, Bonda Rozita mengakui selalu menasihati perbuatan anaknya itu.
Saya sakit juga kalau orang kata dia
“Kalau org kata dia tak baik..Saya sakit juga..anak kan..!! Hepi sangat hari ni dia datang kasi tudung sambil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tudung sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak tak ada ganti2 ke..??
.
Pakai tudung biar nampak muda selera gak daddy tengok..kalau tak dah rupa macam mak lampir ” diguraukan saya ni..Saya redho dan maklum saya tua dah..tak marah pun.
Malah, akui Bonda Rozita, biarpun nampak anaknya berperangai sedemikian, namun sebenarnya dia seorang yang prihatin, suka membantu orang lain.
Bab baik dia ni dengan orang miskin dan family dia pemurah hobi memang suka cakap dan melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sangat faham dia
..No point kondem dia ..dia tak rasa apa ..!!
Tambahnya lagi, Dato’ Seri Aliff juga bukan anak jenis yang ambil kisah biarpun tahu ibunya merajuk dek perbuatannya itu.
Anak tak kisah bonda merajuk
“Saya tak boleh follow cara dia bila jumpa saya dah tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dan tak heran pun ..Malah saya carutkan lebih2 lagu si bobo tu..Dia kata sekadar kerja.. tak cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri
.
Jawabnya “Mak ingat saya rapat ke ..tak ada makna lah..Mak kenal saya cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dan hakikatnya dia jenis tak dengar nasihat tak peduli orang ..( dalam family semua sayang dia sebab dia sangat baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun tak leh nak cakap apa dah..tahankan je )
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Sumber: IG bondarozitaibrahim
Kalau Badan Sering Lesu, Segera Buatkan Jus Ni & Amal Selalu. Barulah Badan Kembali Fit & Fresh!
Salah satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh bagi seorang ibu adalah dengan mengamalkan minuman air jus daripada bahan-bahan terpilih. Bukan sahaja elok untuk kesihatan dalaman, malah boleh membantu seorang ibu rasa lebih bertenaga dan segar sepanjang hari.
Minuman jus ini telah diamalkan oleh Puan Sharinaz atau lebih mesra dengan sapaan Kak Naz di dalam facebook. Jom semak apa yang telah dikongsikannya untuk menfaat bersama.
Pagi ni kaknaz nak share satu resepi jus peberet kaknaz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Ok, ini sukatan jus yang kaknaz buat untuk 1 gelas.
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amil jus sahaja
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Cara penyediaan :
- Semua bahan di atas di blender.
- Kemudian tapis atau tak nak pun boleh. Kaknaz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia.
- Sedia untuk dinikmati.
Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!
Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik.
Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
EKSTRA INFO : Khasiat bahan-bahan yang digunakan.
TIMUN –ada banyak khasiatnya, antaranya ia mengandungi tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
EPAL HIJAU – ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
LEMON – tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
MADU – mempunyai banyak manfaat dan khasiat yang baik untuk tubuh. Bahkan Ratu Cleopatra telah menggunakan madu untuk merawat kesihatan dan kecantikannya.
Sumber :Sharinaz Redwan
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
“Usaha Ringankan Tugas Isteri Kita, Mereka Teman Kita Di Dunia Dan Akhirat, Sampai Syurga” -Ustaz Ebit Lew
Nak gembirakan hati seorang isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Cukup hanya menjaga mereka dengan baik dan berikan kasih sayang tulus ikhlas dari seorang suami.
Ringankan beban mereka, tak dapat banyak, sedikit sudah memadai bagi seorang isteri. Inilah pesanan Ustaz Ebit Lew buat semua suami.
Katanya kita mungkin tak dapat menolong semua orang tetapi cuba usahakan untuk menolong isteri, orang paling terdekat dengan kita. Usaha untuk ringankan bebanannya.Win!
Tolong isikan minyak dan pamkan tayar kereta isteri pun, isteri cukup berterima kasih pada suami. Sayang sampai syurga.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula.
Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak..
Meh saya tunjukkan. Saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari beg. Sambil cakap aduh camne yer, kesian sangat tengok wajahnya penat,letih,lesu. Begitulah ramai wanita di luar sana.
Saya kata takper kak, saya dah bayar. Akak isi penuh jer, “ish..takperlah..ish takper kak”. Saya dah niat dah.
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz, saya memang ada masalah tak ada duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.
Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu, sekarang pun ada juga rasa begitu.
Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis.
Duit takde. Barang tertinggal, kuatnya seorang wanita. Kadang-kadang terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah..
Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kesian bidadari saya penat jer.
Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-
kadang basuhkan kereta sekali. Selit duit sikit dekat dompet isteri sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.
Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. “Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang”.I love u too sayang bidadariku.
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah. Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia dan akhirat sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri. Ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik.
-Ebit Lew
Kredit: Ebit Lew