Resipi Sambal Geprek Pedas Tapi Confirm Sedap. Buat Stok Simpan Dalam Peti Untuk Berbuka & Sahur. Memang Terangkat!

Share

Hari pertama kita berpuasa, pastinya dalam fikiran ibu-ibu apa menu yang nak disediakan untuk hidangan berbuka petang nanti kan. Walaupun masih awal lagi, tetapi bab menu ni memang akan membuatkan ibu-ibu pening.

Jadi, untuk yang sukakan menu pedas bagi membuka selera, apa kata cuba buat sendiri sambal Geprek @ sambal penyet ini bagi menggantikan sambal belacan. Malah, ibu-ibu boleh buat stok sambal ini di rumah. Boleh dimakan ketika berbuka mahupun sahur. Cukup mudah dan sedap terangkat.

Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Suhaila Isnan.

Saya nak kongsi resepi sambal geprek @ sambal penyet.. Bahan saya agak-agak je.. Cara ade dekat setiap gambar.

-bawang merah
-cili padi merah/hijau (ikut suka)
-belacan
-ikan bilis
-tomato

Sediakan bahan… Kuantiti agak²..

Cara membuat:

  1. Masukkn semua bahan dlm kuali utk masak sekejap.. Kuali tu abaikan rupenya ye.. Hadiah mase kawen thun 2012 dr cousin 😅 byk jasanya.

2. Ok tukar hok kuali beso ckit.. 😅

3. Masak sekejap bagi layu semua bahan.

4. Masak bg betul masak n naik minyak.. Perasakan dgn garam dan gula sikit.

5. Siapp… Makan dgn nasi panas + ayam goreng 😋😋

6. Sy buat dsss.. Jd sambal ni sy nt stock dkt rumah… Jom suku suku separuh 😝

 

IKLAN