Resipi Sambal Ketuk Ikan Bilis Bersama Cili Api & Belimbing Buluh. Simple Tapi Sedap, Senang Pula Tu. Patutlah Viral!

Share

Nak buka selera seisi keluarga bukan susah pun, kalau menu tu kena dengan tekak memang terlajak nasi sepinggan. Seperti menu simple tapi sedap ini, kalau makan dengan ansi panas-panas memang bertambah jadinya.

Kalau ada ikan bilis dan belimbing buluh di rumah, cubalah resipi yang dikongsikan oleh puan Nazura Zainal Abidin ini.

Sambal Ketuk Ketuk Ikan Bilis Cili Api dengan Belimbing Buluh. Cubalah resipi ni 😊Sudah tentu bertambah makan nasi. Sedap sangat pedas manis n masam😋❤

Bahan-bahan

Cili Api merah

Cili hijau,

Cili merah sebiji

Bawang merah 2 biji

Bawang putih 1 biji

Ikan bilis direndam dan ditoskan

Stok ikan bilis

Sedikit gula

Belimbing hiris halus.

Cara membuat:

  1. Goreng kesemua bahan dengan sedikit sahaja minyak sehingga kekuningan. Tidak terlalu rangup ikan bilisnya.

2. Ditumbuk lumat dan sedikit gula

3. tumbuk belimbing tu pecah pecah je

4. Memang sedap😋

 

 

IKLAN