Resipi Sotong Masak Ala Thai. Tak Payah Lauk Lain, Makan Dengan Nasi Panas Memang Terangkat!

Share

Resipi yang cukup mudah nak disediakan, tetapi memang sedap dan terangkat. Boleh buat makan bertambah dengan resipi ini. Makan dengan nasi panas pun dah sedap. Jom tambat hati dna perut suami serta anak-anak dengan resipi Sotong masak ala thai ni.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Tengku Nadia Tengku Ahmad


Sotong candat hasil suami and the geng! Apoo lagi kita bersotong ala thai khapp kupp kappp 😆🤣. makang dengan nasik panas sajo pun dah syokkk 😋!


.
Resepi ada di caption gambar okeh.. Semoga bermanfaat untuk tambat hati & perot suami masing2 🤪😍
.
Dah makan kenyang2 tu jangan lupa malam sebelum tido minum air detox tau.. Segala lemak gemelai tepu dalam tubuh dikelurkan esok pagi dengan smooth 🤗.

Bahan-bahan

Daun ketumbar

Lada jarum

Lemon

Bawang putih

Garam

Gula

Sos ikan

Sos tiram

Cara membuat:

  1. Goreng sekejap, jangan sampai garing pulak.

2. Tumbuk bahan2 yang dah digoreng tadi bersama sedikit gula dan garam ( agak2 je).. Xnak pedas masuk gula lebih skit.. Dah lumat, gaul skali dgn 2sudu sos tiram dan 3sudu sos ikan thai. Lepas tu perah sedikit jus lemon serta masuk daun ketumbar yg dicincang halus.

3. Sotong gaul dengan kunyit dan sedikit garam halus.

4. Yang ni saya bakar sbb suami lebih sukar bakar. ( dalam pemanggang ajaib)

5. Yang ni goreng sebab saya lebih suka garing.

5. Aturkan sotong tadi siap sedia untuk dijirus dengan sos ala thai

6. Makan dengan nasi panas2 syokk oi.

IKLAN