Resipi Sup Tulang Merah Singapore Ni Ringkas Jer Tapi Sedap Nak Kuah Pekat Ikut Tip Wanita Ini.

Share

Bagi yang belum pernah mengenali menu ini, mesti cuba memasaknya! Memang rasa enak sebagai hidangan seisi keluarga. Resipi ini dikenali sebagai Sup Tulang Merah mungkin hidangan agak asing di kalangan rakyat Malaysia tetapi sebaliknya bagi rakay Singapura. Hidangan yang sangat popular di republik itu menjadikan tulang lembu atau tulang kambing sebagai bahan utamanya.

Kuah sup yang merah menyala dan pekat yang enak dimakan bersama roti atau nasi. Malah tulangnya boleh diratah begitu saja. Memang terangkat!

Ikuti perkongsian wanita ini dan tip cara memekatkan kuah menjadi bertambah lazat. Ini rahsianya!

SUP TULANG MERAH PEKAT SINGAPORE

Belah Terengganu ni susah dapat. Tapi bila tekak teringin ada pulak kerajinan semua jadi.

Duk royak terliur je semalam tu kan, so ni ha resepi sup tulang merah versi Kakdell hehe

Rasa dia, empuk masam manis lemak bersos merah pekat likat menggoda. Bau? Ya Allah.

Step by step dekat gambar ya dan Kakdell halalkan untuk korang kongsi.

Boleh ke Kuali Kakdell untuk lebih resepi.

Macam biasa step by step ada delat gambar ya.

Satukan tulang, halia, serai, daun sup dan 2,3 bihi ubi kentang dalam periuk.
Rebus hingga empuk. Tutup api dan ketepikan kejap.
Sambil tu panaskan minya dan tumis rempah 4neradik.
Masukkan ketumbar dan lada hitam tumbuk.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk.
Masukkan 2 tangkai cili kering. Setwrusny tumis sampai naik wangi.
Lepastu masukkan cili boh. Tumis kejap lagi bagi wangi dan pecah minyak.
Then masukkan sos cili, sos tomato dan ais tiram. Tumis kejap lagi ya.
Sambil tu keluarkan ubi kentang dalam rebusan daging tadi.
Hancurkan ya. Kakdell penyet pakai lesung je hihi.
Lepastu masukkan dalam tumisan tadi.

Kentang ni salah 1 fungsi selain penyedap rasa ia dia akan memekatkan sos sup kita nanti.

Then campak tumisan tadi kedalam rebusan daging tadi.
Pewarna jangan tak bubuh na. Ini kunci daging sampai tulang kan jadi merah. Kakdell pakai pewarna yang dalam botol tu js.

Add garam, serbuk perasa dan gula ya. Reneh sampai pekat.

Pekat macam ni. Lepas tutup api dah boleh perah limau nipis.

Tabur bawang goreng dan daun sup potong
Cicah roti pun sedap.
Makan nasi pun sedap.

Selamat mencuba. Memang super sedap!

Kredit: Riana Samad 

IKLAN