Resipi Viral Bulan Ramadan, Creamy Cheezy Butter Prawn, Padu Macam Kat Kedai!

Share

Tengok gambar pun dah teliur, belum menjamah hidangan lagi. Buat penggemar udang, resipi  Creamy Cheezy Butter Prawn ini menjadi kegemaran ramai terutama Bulan Ramadan.

Menu yang wajib ada di hidangkan atas meja pasti membuka selera ahli keluarga.

Selain membeli dikedai, apa kata kita buat sendiri di rumah. Ini resipinya.

____________________________

 


Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai.

Harapnya uolls dapat tangkap apa yg ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.

Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls xsuka susu cair, boleh ganti dgn santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.

Langkah demi langkah 

Bersihkan 1kg udang. Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.
Tambahkan 1senduk tepung goreng ayam bestari. Letak air sedikit dan gaul rata.

Goreng udang dalam minyak yg cukup panas. Tos dan ketepikan.

Bahan² creamy cheezy sause
4ulas bawang putih-cincang
Cili api ikut kepedasan-potong
4tangkai daun kari


Butter
1tin susu cair
4 keping keju (lupa nak snap gambar)
1sk serbuk pati ayam
1sk gula
1sk serbuk lada sulah

Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili.

Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam

Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg.

Apabila dah menggelegak, masukkan udang.

Gaul sebentar hingga udang bersalut dgn sauce. Tutup api.

Dalam mangkuk lain, pukul 4butir kuning telur.

Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.

Angkat mangkuk tinggi², tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju² membentuk bulatan. Kacau laju² tau. Tak laju tak halus nanti.

Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.

Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan² telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.

Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yg berbaki.

Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan

Selamat mencuba!

Sumber: Suzana Othman

IKLAN