Rezeki Sertai Program Realiti Famili Duo, Sairah Umum Hamil Anak Ke 5!

Share

Berita kehamilan tentunya menjadi antara berita yang menggembirakan dalam sebuah keluarga. Tidaklah kira lah sama ada untuk kandungan pertama atau untuk sekian kalinya. Pasti disambut dengan rasa syukur, bertepatan kehadiran anak itu adalah rezeki dan sering dianggap pelengkap kebahagiaan serta menyuntik keceriaan dalam rumah tangga.

Begitu juga buat peserta program realiti Famili Duo, Siti Nursairah Tarudin baru-baru ini telah mengumumkan dirinya hamil anak kelima.

Memetik laporan di Harian Metro Siti Sairah berkata, dia masih belum mengetahui usia kehamilannya kerana belum berjumpa doktor.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

“Saya baru dapat tahu hamil minggu lepas. Saya tak dapat kongsikan usia kehamilan ini kerana belum berjumpa doktor.”

“Saya sudah dapat rasakan saya hamil dan ada kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Tanpa fikir panjang saya pun lakukan ujian kehamilan dan Alhamdulillah keputusannya positif.

“Saya dan suami terima dengan hati terbuka atas rezeki ini. Saya juga sudah mula alami alahan dan berharap kehamilan ini kuat,” katanya.

 

2 Kali Gugur Di Awal Tahun

Menurut adik kepada penyanyi ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, dia mengaku pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada awal tahun ini.

“Saya akui risau dengan keadaan diri saya kerana kandungan masih baru.

“Sebelum ini doktor memang sudah minta saya untuk menjaga diri sekiranya disahkan hamil memandangkan pernah mengalami keguguran dua kali,” katanya.

Terdahulu, Sairah dan suami, Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha.

Menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.

Sumber : Harian Metro

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN