Roti Heaven Ala Pizza Terlajak Mudah, Ringkas Je Cara Buat. Makan Panas-Panas Memang Sedap!

Share

Pelbagai menu dapat dibuat dengan menggunakan roti. Bukan hanya puding atau dimakan begitu sahaja, tetapi andai ibu-ibu kreatif dalam mengolah resipi pasti akan membuatkan anak-anak suka.

Kemudian ditambah dengan bahan-bahan lain menjadikan ia sesuatu yang enak dan lazat untuk hidangan di pagi hari mahupun minum petang. Buat ibu-ibu nak cuba resipi mudah yang dinamakan Roti Heaven oleh puan Nanny Emma Emma

Selamat mencuba!


Nah pakat2 pi buat..

Roti heaven..

Bahan-bahan

8 keping roti Gardenia

letak kan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.

8 biji telur

semangkok kecil mozzarella

semangkok kecil cheese cheddar parut

semangkuk kecil daging cincang ramly

sebiji bawang besar di dadu

2 biji cili besar di hiris

sedikit daun bawang di hiris

sedikit aji shio dan black pepper

 

Cara membuat:

  • Roti disusun 2 keping 2 keping dalam loyang yang di lapik baking paper.

  • Masukkan semua bahan dan sebatikan lalu tuang atas roti.

  • Bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing.

  • Makan panas2 sedap.

IKLAN