Empat tahun berlalu, namun insiden kemalangan ini masih basah diingatan kita semua. Stau kes kemalangan yang melibatkn pasangan suami isteri di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2015 pasti tidak dapat dilupakan oleh orang ramai terutama sekali ahli keluarga mereka. Malah dek kerana kecuaian orang lain, sekelip mata dua beradik menjadi yatim piatu.

Dalam kejadian 2 Mei 2015 itu, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves, dekat sini.

Yatim piatu sekelip mata

Kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dua buah pemandu Perodua Myvi yang berlumba diatas lebuhraya telah mengkibatkan kenderaan dinaiki Fairuz Nizam, isterinya serta anak mereka terbalik selepas dilanggar oleh salah sebuah Myvi

Akibatnya anak-anak arwah iaitu Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam  menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

Rumah dekat kubur ibu bapa

Akibat daripada itu, dua beradik tersebut menjadi rebutan antara dua pihak untuk dijaga. Hampir empat tahun turun naik mahkamah, akhirnya Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam sah bakal dijaga oleh ibu saudaranya iaitu Datin Yusnidah Hussain.

Namun, apa yang cukup menyentuh hati apabila mendengar keinginan salah seorang daripada anak-anak yatim itu. Sebab kenapa mereka memilih untuk tinggal bersama ibu saudaranya adalah untuk berada hampir dengan kubur ibu dan bapa mereka.

IKLAN

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

Dalam penghakimannya, Zaim berkata mahkamah mengambil kira kemahuan kanak-kanak itu dan bersetuju bahawa kebajikan kanak-kanak perlu diberi keutamaan bagi memastikan mereka membesar dalam keadaan sempurna dan penuh kasih sayang.

“Salah seorang anak ini telah sampai umur mumayyiz dan boleh menentukan dengan siapa dia hendak tinggal, dalam kes ini anak yang dituntut telah sampai umur mumayyiz, iaitu Nur Firuza Amira berumur 11 tahun.

“Mahkamah telah mengambil keterangan anak ini dan dia menyatakan suka dan selesa dengan mama, iaitu panggilan kepada plaintif (Yusnidah) dan memberi alasan rumah sekarang (rumah Yusnidah di Gombak) berdekatan dengan kubur arwah ibu bapanya dan memudahkan untuk dia pergi menziarah,” kata hakim itu semasa membacakan  keputusan hadanah itu.

IKLAN

Sehubungan itu mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk memisahkan kedua beradik itu dan mendapati plaintif telah memberi kasih sayang sebaiknya kepada mereka.

Selain itu, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang telah memberi keterangan sebelum ini, juga merumuskan melihat psikologi kanak-kanak itu gembira dan berpendapat perkembangan kanak-kanak itu akan lebih baik jika mereka tinggal dengan orang yang mereka suka.

Menjaga sejak kecil

Ketika ditemui selepas prosiding, Yusnidah dan kedua beradik itu dilihat menangis dan memeluk antara satu sama lain dan berulang kali menzahirkan kesyukuran atas keputusan mahkamah.

Menurut Sinar Harian, Yusnidah Hussain telah menjaga mereka sejak kecil lagi dan akan terus menjaga mereka selepas hak penjagaan tersebut diterima secara sah.

IKLAN

Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua beradik itu dengan nenek mereka tidak akan dipisahkan. Mereka tetap kan dapat bertemu dengan nenek mereka pada hujung minggu dan juga cuti sekolah.

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

Mengundang sedih

Rentetan daripada kisah tersebut, rata-rata netizen berasa sebak apabila megetahui permintaan kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Keinginan tinggal bersama ibu saudara atas sebab berhampiran dengan pusara ibu dan ayah betul-betul mengundang sedih.

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

Semoga keduanya menjadi insan cemerlang

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

Sekurangnya rindu terhadap ibu terubat

“Rumah Dekat Dengan Kubur Mak Ayah.” Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara, Permintaan Anak Mangsa Nahas Duke  Ini Undang Sebak Netizen.

Sumber : Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI