Rumput Hiasan Cantikkan Laman. Anak-anak Pun Boleh Main Di Situ & Ni Cara Tanamnya!

Share

Kelebihan bila mempunyai ruang tanah dilaman rumah selain bolehlah kita bercucuk tanam, malah ada satu lagi elemen menarik iaitu bolehlah dijadikan ruang santai dan bermain anak-anak di laman rumah.

Apatah lagi jika disiapkan sempurna dengan tanaman rumput hiasan menutupi tanah yang terlihat seperti permaidani. Tentu bukan sahaja anak-anak berasa teruja bermain di situ, malah kita sebagai orang tua juga berasa tenang melihat lanskap yang segar menghijau.

Untuk itu, bagi yang ingin mencuba menanam sendiri rumput hiasan di laman rumah. Di sini dikongsikan langkah demi langkah yang telah dilakukan oleh Puan Amira Syuhada sekeluarga untuk dijadikan inspirasi.

Ini perkongsiannya.

Hanya ingin berkongsi dan memberi semangat untuk kawan-kawan yang nak cuba tanam rumput sendiri.. nothing is impossible

orang kata.

Kami pilih untuk tanam rumput jenis piliphine sahaja sebab paling murah. Walaupun katanya susah penjagaan rumput ni.Tak apalah..kita cuba.

Cabaran menanam dah berjaya..sekarang ni cabaran nak maintain (merumpai, memotong, dan membaja ) pulak.Mohon rakan rakan group bagi tips.

Awal-awal tanam kami siram sehari 3 kali.. sekali siraman sampai betul-betul basah tambahan kalau hari panas.

Ni saya korek sendiri sebab kalut sangat nak tanam.. husband masih outstation..dalam seinci-2 inci ke dalaman…. We can do it girls!

Lapiskan dengan pasir

Mula tanam..

Dah tumbuh subur..Masa untuk maintain lah pula..good luck kepada yang ingin mencuba

sumber : Amira Syuhada Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

IKLAN