Susu merupakan minuman yang mempunyai banyak khasiat untuk keperluan tubuh badan. Kebiasaan kita akan minum susu tidak mengira masa.
Jika teringin akan minum begitu saja tanpa kira waktu.Siapa sangka sebenarnya ada 6 waktu yang disarankan untuk minum susu. Ia sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Waktu sesuai minum susu
Betul ke minum susu ada masa tertentu? Jika tidak, nanti mengganggu fungsi penghadaman? Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita. 1. Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.
2. Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.
Ads
3. Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.
4. Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.
5. Bila kita dalam stress, jangan minum kopi yg mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stress kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.
Ads
6. Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kisah yang dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai El Haura Esha di Fb ini jika dihayati, pasti mampu membuatkan hati seorang wanita, tersentuh dan mengalirkan air mata kesedihan.
Wanita ini, terlihat begitu rindu dan sabar menanti anugerah terindah dari Allah. Dua tahun lamanya dan akhirnya disahkan mengandung. Pun begitu, saat berada di bulan ke enam usia kandungannya, kesabaran itu diuji lagi dan menyebabkan kerinduannya pada insan bergelar anak tiada berpenghujung.
Dan meluahkan rasa rindu yang menebal, El Haura coretkan catatan untuk dijadikan kenangan.
UMI RINDU ANAK UMI. AL FATIHAH ?
6/8/2018
7.50 pagi
Adik, tahu tak. Sehari sebelum umi lewat period umi dengan abi dan kawan kawan yang lain naik gunung jerai. Masa ni umi banyak sangat berjalan. Sampai kan tiap hari umi hitung hari sebab nak tengok bulan tu period lewat tak.
Lama dah kami tunggu kehadiran adik. 15/9 ni cukup 2 tahun umi abi bina masjid,bagi mereka yang dah ada anak mungkin masih baru. Tapi tidak bagi umi. Umi rasa lama sangat penantian ni . Masa umi naik gunung jerai tu, umi dah rasa tak sedap badan. Rasa mual. Rasa nyucuk je kadang perut ni. Tapi umi tak berharap pun sebab dah banyak duit umi habiskan untuk beli opk dengan upt sebelum ni. Kadang kadang umi test tanpa pengetahuan abi. Lepas test terus umi buang. Result menghampakan. Kadang abi tanya dah test ke. Umi cakap belum. Sebab umi taknak abi tahu result nya negative. Begitulah bulan demi bulan berlalu.
YaAllah, tiap bulan umi tunggu saat saat ni. 2 hari lewat umi tak test lagi sebab umi anggap Allah nak bagi umi peluang untuk beribdat padaNya.Disaat abi sedang lena dibuai mimpi. Umi bangun mohon taubat dan keampunan dengan Allah. Umi tahajud. Umi nangis sepuas hati sampai tak keluar suara, dengan harapan moga Allah bagi umi merasai nikmat ni. Umi pun teringin juga nak ada anak.5 hari berlalu, umi pelik kenapa masih tak datang jugak. Malam tu umi dapat mimpi upt double line. YaAllah seronok sangat walaupun tu cuma mimpi. Esok tu umi terus test, tapi umi tak berharap pun. MasyaAllah clear blue naik pregnant 3+ .Gembiranya umi.
Tapi umi tak bagitahu lagi abi. Malam tu umi buat suprise. Sujud syukur abi kamu. Terus dia datang gosok perut umi panggil assalamualaikum baby.baby buat apa tu. Seronok umi tengok dia. Akhirnya umi dapat bagi dia zuriat. Hari demi hari berlalu. Abi ikutkan semua kehendak umi nak makan apa. Banyak abi beli buah. Susu. Umi rindu saat saat ni. Kadang bila takdapat apa yang umi nak, mesti menangis. Kenangan. Makin hari adik makin membesar,dengan alahan nya yang teruk. Sampai kadang muntah keluar darah sikit sebab luka. Tapi takpa, umi okay je. Demi adik anak umi yang umi cinta. .
Adik, umi rindu adik. Adik anak yang menyenangkan. Selama umi kandung kan adik 6 bulan 1 hari. Adik takda masalah apa pun. Semua okay. Hb umi pun okay. Kenangan terindah bila umi dapat rasa gerakan adik. Rindunya. Adik yang selalu teman umi kemana mana. Benda yang paling umi abi taksabar adalah bila dapat tarikh nak scan. Kami seronok dapat tengok buah hati kami walaupun melalui scan.
Berdoa Yang Baik-baik
Umi ingat lagi. 31/7 pukul 8.15 pagi macam tu, umi tengah baring ke kanan. Pastu bila umi nak pusing ke kiri umi rasa adik aktif sangat. Tiba tiba PAPPPPPPP! Ketuban pecah. Umi dengan kuasa veto pergi tandas ingatkan air kencing, makin lama makin banyak, rasa suam panas. Takdapat nak kawal. Sah bukan air kencing. Ketuban pecah. Umi jerit panggil abi. Suruh siap. Habis air ketuban bersepah dekat rumah pondok kita. Rumah pondok. Besar mana lah sangat kan. Umi pakai jubah, tudung. Habis basah jubah umi masa ni. Dengan keadaan kalut ingat dah nak beranak sampai umi lupa nak pakai purdah.
Masa nak turun tangga sekali 3 anak tangga umi lompat, masa tu dah tak fikir dah akan jatuh tergolek ke apa. Janji anak umi selamat. Sampai laboor room, pelatih lelaki seluk. Pastu doktor pulak seluk, jalan dah bukak 2cm. Tapak Kaki adik dah keluar. Bacaan ketuban 2 .Bila diingatkan balik, 2minggu sebelum ketuban pecah umi ada kene cirit birit dalam 10 hari macam tu ,umi dah pergi kk, doktor cuma bagi air garam je. Umi takpergi kecemasan terus sebab umi tahu nanti akan kene tahan wad. Kebetulan masa tu umi abi tengah kering. Mana nak bayar bil spital. Tu apa yang umi fikir masa tu. Sedangkan rezeki Allah taala tu luas. Umi lupa.
Masa dalam wad seminggu, umi cakap kat abi. Pujuk lah adik supaya dia keluar. Umi kesian kat adik ,sebab kaki adik dah keluar tapi kuasa Allah umi takrasa pun kaki adik keluar, cuma bila adik bergerak umi rasa ngilu. ,umi taknak adik pergi dalam perut. Umi nak tengok adik keluar masih bernyawa. Abi usap perut, abi cakap
“Dik, keluar la. Umi abi tak sabar tunggu adik. Kesian umi. Abi umi redha kalau jadi apa apa .muhammad alwi anak yang baik. Permudahkan lah urusan umi ”
Seminggu umi kene tahan wad. Tiap malam umi luangkan masa di bilik solat. Tiap malam umi bacakan yasin untuk adik. Supaya adik dapat bertahan. Disaat mereka yang menunggu masa bersalin lena dibuai mimpi. Umi sorang sorang duk menangis dalam tu. Perit kan dik, menangis tak keluar suara ni. Umi cuma fikirkan macam mana nak selamatkan adik. Nak balik rumah cepat .Malam sebelum umi bersalinkan adik, kuat sangat adik menendang. Seronoknya umi. Hilang semua kesedihan umi waktu tu. Sebab dah seminggu kot umi kene tahan wad. On antibiotik 6 jam sekali. On dexa dua dos. Sebab ketuban pecah awal. Pukul 3 pagi umi tersedar sebab adik duk mengeras je taktahu berapa minit sekali. Umi cakap dekat adik.
” kenapa anak umi mengeras. Adik tak selesa eh kat dalam. Mungkin sebab ruang sempit kot. Yelah ketuban dah takde kan. Sabar eh. Jap lagi umi g tandas. Adik kuat eh. Kalau adik kuat umi pun kuat. ”
Pastu adik mengeras lagi, kemudian adik aktif menendang. Umi termenung jap kat katil. Sebelum 3 hari adik nak keluar, umi dah mimpi adik akan pergi tinggalkan umi.pastu umi pujuk adik. Umi cakap lagi kat adik.
” Adik. Kalau adik nak pergi. Adik pergilah dik. Umi dah redha. InsyaAllah umi akan cuba untuk kuat. Umi nak balik rumah. Umi rindu abi. Umi serabut duk hospital. Kene cucuk. Sakit dik. Umi dah redha. Umi sayang adik. InsyaAllah kalau adik keluar, adik hidup. Umi sanggup jaga adik. Ulang alik hospital pun takpe. Umi sanggup datang jaga adik. Okay lah jum kita g tandas. Umi nak solat sunat. Kita solat sama sama eh ”
Saat Cemas
Jam di skrin telefon menunjukkan dah pukul 3.30 pagi. Lagi sekali rasa mengeras. Sakit pinggang halus halus ja. Gagah kan diri pergi tandas. Masa umi g tandas tu, umi tengok darah ketul keluar. Umi gelabah dah. Terus g kat kaunter,bagitahu nurse,nurse suruh duk kat katil dulu . Masa ni umi tak tenang dah. Umi mesej abi suruh siap sedia.
Pukul 5 setengah umi ditolak ke laboor room. Doktor cek jalan dah 5cm. Kaki adik dah keluar sampai lutut dah. Tapi kuasa Allah umi tak rasa apa. Sakit pun takde. Alhamdulillah. Nikmat,buat ctg jantung adik okay. Takde apa masalah. Adik pun aktif je . Kuatnya anak umi ni. Pastu doktor tinggal kan umi sorang sorang dalam bilik pramatang. Doktor cakap kalau ada rasa benda keluar terus panggil nurse. Taklama kemudian pukul 6.30 pagi umi masuk laboor room. Umi mesej abi suruh masuk. Pukul 6.45 cemtu abi masuk. Pukul 7 nurse pasang drip induce. Pastu nurse pergi mana tah. Pastu nurse lain lak datang. Pastu umi bagitahu nurse rasa nak kencing. Nurse pun cakap nak pasang tiub terus tak rasa nak kencing .takut. pastu nurse tanya ada rasa sakit tak. Contraction. Umi cakap takde. Umi tanya macam mana rasa Contraction. ?
7.30 pagi
Pastu masa nurse duk pasang tiub air kencing tu. Tiba tiba umi rasa macam ada benda nak keluar. Tapi umi tak rasa sakit. Masa ni kuat sangat adik bergerak. Umi bagitahu nurse.
” Nurse, saya rasa macam ada benda nak keluar. Saya nak teran eh. Tapi tak rasa sakit. ”
“Mana doktor. Mana MO. Takda orang ke ni. Patient bilik pramatang dah nak bersalin. YaAllah mana ni doktor. Kaki badan baby dah keluar ni. Bergerak lagi ni. Adik selawat dik. ”
Suami tak henti bisik suruh baca ” Allah hu, zat yang Esa ”
Masa ni dah penat sangat meneran. Rasa dah putus asa. Sebab tenaga dah kurang. Tiba tiba ramai gila pelatih laki masuk. Ya tuhan. Terus terbantut nak meneran. Termenung kejap. 7.40 doktor pun datang. Diaorang baik sangat. Walaupun lambat tapi takpe lah. Asbab je semua tu. Doktor suruh push. Doktor pun cakap kalau dah takboleh nak teran. Puan rileks ya. Kalau boleh biar lah dia keluar dengan sendiri. Lagipun saya tengok dia dah tak bergerak ni.
Masa ni dah rasa ada kekuatan. Umi pun sebut Allahuakbar 3 kali. 7.50 keluarlah anak lelaki umi yang hensem, cukup sifat sempurna seberat 770g. YaAllah seronok sangat umi rasa waktu ni. Tapi umi lupa yang anak umi dah takde.Anak umi lemas. Sebab kepala lambat keluar. Abi tak henti bagi semangat. Abi umi redha. Abi letak adik atas badan umi. Masa ni umi berharap yang adik akan bergerak balik. Tapi takda pun. Umi belai jari adik yang tidak bernyawa . Usap kepala adik. Cium adik. Wangi nya. Darah pun takde kat badan adik abi cakap.
Taklama lepastu nurse amek adik. Abi suruh nurse mandikan adik. Sebab abi nak uruskan kubur adik. Nak carikan orang. Dia kalut sangat masa tu. Taklama lepastu umi ditolak masuk ke bilik rawatan. Kebetulan dalam bilik rawatan tu ada kawan umi dari wad yang sama. Dia pun bersalin malam sebelum adik lagi. Dalam bilik tu ada tiga orang. Kawan umi duk hujung sekali belah kiri. Umi duk hujung belah kanan dekat ng pintu masuk. Pastu sorang lagi umi tak kenal. Dia duk tengah. Umi ingat umi kuat. Masa umi masuk tu kawan umi tanya.
” Baby mana.? dah bersalin eh? Baby laki ke perempuan? Berat berapa?
Umi cakap dah. Alhamdulillah. Lelaki. 770g. Tengah dimandikan. Taklama kemudian budak yang katil tengah tu tengok luar,ada nurse pegang adik dan dia cakap ehh eh, anak siapa tu. YaAllah kesian nya. Pastu umi pandang luar. Umi tengok kain batik tu. Umi kenal kain batik tu. Taklama lepastu umi nampak abi. Adik dah siap dimandikan. Terus umi meraung. Umi cakap. Kak! Tu anak saya. Anak saya dah MENINGGAL .SAYA RINDU ANAK SAYA. ? KUAT SANGAT umi nangis masa tu. Sampaikan diorang pun nangis sekali. Pastu nurse pun tutup tirai. Tak bagi diorang sembang dengan umi. Sebab nurse takut diorang tanya umi soalan macam macam.
Lepas adik dah dimandikan. Dikafankan. Abi bawak adik jumpa umi. Tapi dengan syarat kalau nak tengok adik. Umi takboleh nangis.Masa abi bukak ikatan tu. Umi dapat tengok muka adik.Umi dapat kekuatan yang luarbiasa. Sebelum ni umi taktahu pun adik lelaki ke perempuan. MasyaAllah comelnya anak umi. Sempurna cukup sifat. Dengan hidung mancung .hensemnya. putih sangat. Lembut je pipi adik. Geram umi tengok mulut adik yang tersenyum indah. Adik dah nampak syurga lah tu kan. Seronoknya. Alhamdulillah umi bangga ada anak syurga. Umi peluk cium adik. Belai pipi lembut adik. Wangi nya adik. Orang yang mandikan adik pakaikan adik celak atas permintaan abi. Pastu abi suruh pakaikan buat macam serban. Allahu comel sangat. Geram umi tengok adik. Walaupun adik dah tak bergerak. Umi rasa tenang sangat masa tu. Umi kuat masa tu. Tak nangis pun.
Ciuman Terakhir
Abi senyum je dik. Dia cakap ank umi hensem.Masa abi dah nak bawak balik adik. Umi bagi ciuman terakhir buat adik. Abi dengan adik dah takda depan umi. Umi termenung.siapa nak isap susu umi ni ?. Dalam kesedihan umi merasakan ketenangan dan seronok. Doktor bagi umi ubat stop susu. Dik, maaf sebab takdapat nak susu adik. Umi pun teringin jugak macam mereka. Dapat menyusu dan peluk anak mereka. Adik, umi mintak maaf sebab umi takdapat nak temankan adik sampai kubur. Maaf sebab umi takde masa adik balik ke rumah baru adik. Maaf dik. Umi kene duduk wad masa tu. Tapi umi janji lepas habis pantang umi pergi melawat anak umi. Umi rindu adik.
Terima kasih dik sebab hadir dalam hidup dan rahim umi selama 6 bulan 1 hari. Walaupun sekejap umi dapat merasa. Umi seronok. Dapat merasai nikmat ni semua. Terima kasih sebab permudahkan urusan umi. Dik, baju adik tu, barang barang adik tu siapa nak pakai dik. ? Mana adik, umi rindu. Baru je umi rasa adik menedang, bergerak. Tiba tiba adik dah takde . Kadang umi lupa yang adik dah takde. Umi usap perut.Patutnya due adik 25/11 ni. Dik, masa umi mula mula solat dalam pantang. Umi berdoa macam biasa umi doakan sebelum adik pergi. Sampai sekarang umi terbawak bawak. Umi doa
” yaAllah. Terima kasih alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bersama dengan zuriat ku. Terima kasih Allah. Jadikan anak ini anak yang soleh solehah. Anak yang diberkati….. ”
Sampai je dekat diberkati umi baru sedar yang anak umi dah takde. Umi menangis kat situ jugak. Pastu umi cakap dekat Allah. YaAllah, kenapa dengan aku ni. Anak aku dah takde la yaAllah.
Kejap je masa berlalu dik. Harini dah 40 hari adik pergi tinggalkan umi. Umi takkan lupakan adik sampai bila bila.
Dekat sini jelah umi meluah apa yang umi rasa. Dengan sokongan dan semangat dari kawan kawan umi kat dalam ni. Umi kuat.
Nanti, jangan lupa tarik umi dengan abi ke syurga tau. Jangan lupa cari umi ya adik. Umi janji lepasni akan jadi ibu dan isteri yang baik untuk abi. Umi akan cuba baiki diri. Dik, nanti kalau abi pergi kelas siapa yang nak temankan umi macam selalu.
umi dah puas hati dapat cium adik. Belai adik.Ni je gambar adik yang umi ada. Bila umi rindu umi tengok ni jelah. Bila tengok barang barang adik. Umi sebak. Tapi sekarang umi dah kuat.
Umi sayang anak umi.
MUHAMMAD ALWI BIN MUHAMMAD SYAHIRAN .
Sudah pastinya ibu-ibu mencari resipi masakan yang memerlukan penyediaan yang mudah dan cepat siap. Malah menyelerakan untuk suami dan anak-anak.
Menerusi perkongsian Puan Haslinda Mohd Jusohm, kongsikan resipi ayam varuval chicken. Masakan yang sihat tanpa guna santan atau susu. Yang pasti masakan india ini membangkitkan aroma. Jom lihat cara penyediannya. Confirm sedap.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Atas galakan kawan..saya post resipi varuval chicken kat sini.resipi ringkas dan sedap.bahan2 ada kat dapur setiap rumah.tak perlu modal yang banyak dan tahan mkn berhari2 pasal masakan ni tak mnggunakan santan atau susu.first time sy post kat mahn.resipi dan step memasak ada disetiap gambar.feel free to share.saya halalkan.
Bahan tumbuk:
setgh biji bawang merah+putih 5biji+halia suku inci. 1biji setgh bawang besar racik(lg byk bawang lg sedap) Rempah 4sekawan 3tangkai daun kari 1sudu makan setiap serbuk ketumbar&jintan manis&jintan putih+2sudu serbuk kari ayam baba’s+3sudu serbuk cili Ayam 650 grm(xada dlm gmbar) Cili kering 10tangkai(xada dlm gmbar) Gula & aji secukup rasa
Cara penyediaan:
Panaskan minyak dn msukkan rempah 4sekawan
Masukkan bawang racik..biar layu..api medium
Dah layu bawang racik..masukkan daun kari dan bahan tumbuk..terus tumis sampai caramelized.
Masukkan ayam..kacau dan biarkan sehingga ayam kecut sikit.
Campurkan campuran rempah ratus dgn air dr lesung.saya percaya ni rahsia masakan sedap.
Masukkan rempah dan kacau masukkan air sedikit demi sedikit.tumis sampai pecah minyak.boleh ltak garam dan aji pada masa ni.taburkan sekali cili kering dan daun ketumbar.teruskan kacau sekali sekala utk elakkan hangit.bila dah pecah minyak.boleh ttup api. Tadaaaaaa. Inilah rupa ayam bila dah masak. Enjoy!
Bila anak ada ekzema tentunya membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenang apatah lagi bila melihat semakin hari semakin melarat penyakitnya itu. Pelbagai kaedah rawatan dan usaha akan dilakukan untuk memastikan anak kembali sembuh.
Begitu juga halnya yang terjadi pada keluarga ini, terus ikhtiar mengubati penyakit anaknya dan alhamdulillah selelah setahun berusaha, akhirnya sembuh.
Nak tahu apa yang dilakukan, jom semak perkongsian daripada Encik Mohd Yazid Ismail.
Alhamdulillah eczema Saeed dah sembuh selepas lebih setahun menderita. Mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa ramai doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Gambar ke2 dan ke3 tu masa eczema paling teruk. Berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level.
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan, widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli kat kiosk ubi keledek bakar di AEON. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi dia istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka.
Sampai sekarang Saeed masih full breastfeed. Jadi apa yang maknya makan, Saeed terima masuk dalam perut.
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network. Dulu masa mengandung Saeed, tak begitu jaga pemakanan. Selalu makan ikan keli sangkar, sup yang banyak msg dan chocolate bar. Alasan mengidam. Sekarang dah insaf.
Alhamdulillah ‘alaa kulli haal. Terima kasih Dyana sebab sanggup bersusah payah untuk kebaikan kita sekeluarga
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.