Rupanya Ajak Shiro Ni Pandai Ambil Hati Isterinya. Patutlah Sweet Aje.

Share

Bahagianya melihat gambar Ajak Shiro bersama isterinya, Nur Afifah. Melalui postin di instagram miliknya, Ajak atau nama sebenar Mohamad Hanaffi Razak begitu menyayangi isterinya yang juga bergelar pendidik.

Apabila seorang suami mensantuni isterinya dengan baik, sudah tentu rezeki melimpah ruah dan bahagia. Begitulah gambaran yang jelas pasangan ini yang telah Ajak dan Nur Afifah berkahwin pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga.

Posting yang menunjukkan Ajak memeluk isteri dengan erat mendapat komen daripada pengikutnya antaranya mendoakan kebahagiaannya sehingga ke akhir hayat dan gaya Ajak kelihatan romantik.

Kapsyenya Ajak, Percaya x? Tulang belakang lelaki yang bergelar suami, letaknya pada wanita yang bernama Isteri..Love my Bam.

Lebih manis lagi, rupanya Ajak secara tidak langsung mendedahkan isterinya merupakan seorang pengawas semasa zaman remaja mereka. Melalui  hastage #akukahwindenganpengawassekolah . Siapa sangka jodoh dengan rakan sekolah.

Semoga kebahagiaan yang dikecapi kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Ajak Shiro

IKLAN