Setiap kehidupan psikologi kanak-kanak peringkat sekolah rendah pasti mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang berperingkat. Lantaran itu, bagaimana peranan ibu bapa dan perkembangan anak pada tahap ini? Ikuti kupasan lanjut oleh Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai hal ini.

Arnold Gesell (1949) menyatakan bahawa setiap kanak-kanak di seluruh dunia kebiasaannya mengalami sistem pertumbuhan dan perkembangan secara berperingkat yang hampir sama. Mereka akan cenderung untuk mempelajari sesuatu yang baru mengikut tahap pemikiran dan keupayaan mereka.

Bagi perkembangan psikologi kanak-kanak pada peringkat umur 7 hungga 9 tahun misalnya, keupayaan mereka dapat dikenalpasti melalui tahap perkembangan kognitifnya. Perkembangan kognitif kanak-kanak secara saintifiknya, akan mengalami perubahan dari segi tahap pemikiran mereka sama ada berdasarkan kepada pengalaman persekitaran ataupun melalui pembelajaran dalam sesuatu bidang ilmu yang dipelajari.

Berdasarkan teori kognitif oleh Jean Piaget, penekanan berkaitan proses pemikiran pembelajaran kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman mereka yang berkait dengan emosi dan perlakuan. Kanak-kanak akan cuba untuk mempelajari sesuatu maklumat baru yang diproses di dalam otak, digunakan semula dan akhirnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Rupanya Begini Cabaran Psikologi Kanak-kanak Tahap 1 Sekolah Rendah Abad ke 21. Ibu bapa Kena Kena Alert Hal Ini

 Fungsi kecerdasan semakin meningkat

  1. Kecerdasan bagi kanak-kanak sekitar sekolah rendah ini biasanya mengalami fungsi kecerdasan yang semakin meningkat.
  2. Pada umur tersebut, kanak-kanak akan mula belajar untuk mengadaptasi dengan persekitaran. Fokus mereka adalah untuk mengenal pasti sesuatu yang baru dan kompleks dan cuba untuk bertindak balas terhadap persekitaran tersebut.

Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak yang berumur lapan atau sembilan tahun sedang cuba untuk mempelajari pendidikan alam sekitar secara saintifik, mengenal jenis-jenis tumbuhan yang pelbagai saiz dan rupa, mengkaji dan membuat eksperimen, mereka pasti akan menemui pengetahuan baru berdasarkan apa yang dilihat dan dibuat.

IKLAN

3.Kanak-kanak pada peringkat ini, rata-rata mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencipta aktiviti baru atau memperbaharui atau menggabungkan elemen tradisional untuk mencipta satu penemuan baru.

Peranan ibu bapa

Rupanya Begini Cabaran Psikologi Kanak-kanak Tahap 1 Sekolah Rendah Abad ke 21. Ibu bapa Kena Kena Alert Hal Ini

Peranan ibu bapa pula adalah dalam membentuk pemikiran dan kemahiran kanak-kanak yang semakin meningkat maju ini, menyediakan bahan rujukan, peralatan teknologi dan aktiviti bersama yang melibatkan eksperimentasi dan penerokaan alam.

Sebagai contoh, dalam dunia gadget yang semakin berkembang pesat ini, penyesuaian aktiviti bermain anak-anak dengan permainan alam maya perlu dipantau dengan aktiviti pembelajaran digital yang bersesuaian.

IKLAN

Mereka mampu menggunakan teknologi baru dengan mempelajari pelbagai aplikasi laman web yang bersifat ‘user friendly’ sehingga menjadikan mereka ‘pakar’ dalam meneroka pelbagai aktiviti teknologi dan permainan digital secara mudah dan cepat.

Oleh itu, kepentingan kerjasama yang dipupuk dalam kalangan ibu bapa sekurang-kurangnya dapat membendung gejala kanak-kanak yang terlalu obses dengan aktiviti gadget dengan aktiviti teknologi yang bersifat mudah guna dan mudah leka.

Walau bagaimanapun, corak pembelajaran kanak-kanak yang semakin kompleks dengan rangsangan perkembangan dunia digital yang semakin pesat ini, perlu difahami dan dipantau bersama oleh semua lapisaran masyarakat dengan segera. Ini bagi membentung masalah yang tidak sihat seperti kegilaan terhadap gadget dan gejala sosial dalam aktiviti teknologi yang lebih bersifat negatif jika disalah guna.

Oleh itu, penting untuk memahami psikologi kanak-kanak secara teori dan pengaruhnya melalui perkembangan pembelajaran yang terkini, sebagai panduan kepada semua terutamanya ibubapa dalam memastikan perkembangan anak-anak mereka selaras dengan kehidupan masa kini serta wawasan negara untuk menjadi maju pada masa akan datang.

IKLAN

Sumber: Majalah Keluarga 2019

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI