Rupanya Begini Cara Lipat Wrap Supaya Tersusun Cantik, Tak Terabur Inti. Baru Senang Nak Makan!

Share

Kudapan yang paling mudah nak buat adalah mengunakan wrap. Makanan ini memang mudah penyediaannya dan lebih sihat. Malah ia juga sesuai bagi mereka yang sedap diet.

Namun sering kali ketika membalut wrap ni dengan inti seperti salad, sos, keju dan isi ayam pasti melimpah keluar. Balutan wrap tidak kemas seperti dikedai.

Sebenarnya ada trik untuk memastikan inti wrap tidak terabur. Sebagaimana perkongsian wanita ini.

Mudahnya trik ni, inti wrap pun tersusun kemas dan cantik.

Baru tahu cara lipat dengan betul! selalu buat wrap mesti terabur  tu pun hasil tengok tiktok juga.

Gunting bahagian tengah wrap

Letak inti wrap menjadi 4 bahagian

Kemudian lipat pada bahagian yang telah digunting tadi.

Untuk rasa yang lebih rangup, bakar sekejap. Siap!

Sedapp betull ye. rempah paparoger ayam saya beli dekat shopee. (search saja paparoger) tambah garam and minyak jee. perap 5minit.

telur + lada sulah. sos pula letak nandos, blackpepper and sos cili.

wrap tuu bakar lepas lipat! lagi sedap and crispy. feeling feeling shawarma.

ada cadangan lagi best tak buat wrap sedap? sebab makan wrap ni kenyang sampai pukul 6. dah macam boleh diet je.

Sumber: Rafzan Fazren

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN