Rupanya Buat Kentang Goreng Yang Crunchy, Tak Lembik Lepas Dimasak Ada Caranya!

Share

Kentang goreng, siapa sahaja yang tidak menggemarinya. Sering dinikmati tanpa mengira waktu sama ada anak-anak mahupun kita orang dewasa. Bahkan boleh dikatakan, pantang terhidang di atas meja, pasti habis dijamah ketika masih panas. Cukup menepati selera!

Pun begitu andai kata terlalu kerap membeli kentang goreng ‘readymade’, kandungan garam dengan lemak agak tinggi bimbang juga akan bahayanya.

Jadi untuk pastikan kentang goreng yang dimakan adalah menggunakan bahan yang segar dan menyihatkan, adalah lebih baik kita sediakan sendiri.

Meskipun mudah sahaja untuk menyediakan, diakui tentu ada yang berasa kecewa bilamana kentang yang dibuat sendiri akan lembik selepas digoreng.

Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang rangup ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen. Difahamkan kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.

RESIPI RAHSIA KENTANG GORENG CRUNCHY

 

Bahan-bahan

Kentang

Serbuk roti

Tepung serbaguna bestari

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Langkah 1 :

Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.

Langkah 2 :

Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.

Langkah 3 :

Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat. ) Kalau hirisan tu tebal kita rebus jika tak boleh je skip step ni.

 

Langkah 4:

Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais dalam 5 minit.

Langkah 5 :

Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.

Langkah 6 :

Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’

Langkah 7 :

Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.

 

Alhamdulillah. Siap!

 

Sumber : Suhaniza Isenen Via MAHN

 

ARTIKEL MENARIK

: Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

 

IKLAN