Rupanya Ini Rahsia Buat Bubur Nasi Ayam Sedap. Boleh Cuba Resipi Ni.

Share

 

Memang semua tahu bawa nak masak bubur  amat mudah. Bukan itu sahaja, ia adalah menu  membuka selera.

Tapi apa yang menariknya cara puan Jauharatuddin Taib telah menarik perhatian apabila cara membuat bubur nasi ayamnya special dan sedap. Malah beliau juga berkongsi tip bagaimana buat bubur itu rasa sedap.

Boleh cuba!

 

#Bubur_Ayam_Mudah

Rasa memang kena anak tekak sis dini anak beranak termasuk anak gajet memang suke sangat bila buat bubur. Masak dua puk beras pun licin.

Cara sis dini buat

Cuci beras dua puk masak dalam rice cooker biase jer.
Masuk air banyak dari masak nasi biase, biarkan.

Bahan rebus ayam

Bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam sedikit, garam, ayam dada atau ayam ada tulang sedikit.
Air ayam ni nanti masukkan dalam bubur nasi yang dah kembang. Ayam tu carik carikkan nanti.

Sis dini hanya campur garam dan secukup rasa dalam bubur setelah masukkan air ayam tadi. Awak agak lah ye nak bubur pekat atau cair setakat mana. Nak cair lebihkan sedikit air. Nak pekat kurangkan air. Sis dini suke sedang2 tak cair dan pekat.

Bahan sayur
taugeh
sawi, pak choy/
daun sup
limau nipis

Bilis goreng asing

Penambah rase

Sambal kicap
chili falakes homemade
Bawang goreng homemade

sambal kicap


cili padi
banyakkan limau kasturi
garam
kicap manis

Ni jer bahan sis dini pakai

Masya Allah memang puas hati dan berbaloi buat dengan apa rasa yang kita nak. Korang cuba arr.

Selamat mencuba!

IKLAN