Orang zaman dulu-dulu,bilik tidur ibu ayah adalah kawasan larangan. Tak boleh masuk sesuka hati. Namun, sekarang ada segelintir suami isteri membiarkan anak-anak melakukan aktiviti dalam bilik utama. Malah ada juga membiarkan anak tidur bersama. Atas alasan, kesian tengok anak tidur seorang diri dalam bilik. Berbeza pula pandangan ibu ini Syida Musa yang berpendapat bilik tidur adalah ruang privacy suami isteri. Anak tidak dibenarkan sesuka hati untuk masuk tanpa izin. Sungguh bermanfaat perkongsian ini.
Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.
Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.
Ads
Org lain boleh guna bilik tetamu/bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pej. agama.
Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.
Ads
Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.
Perkongsian bersama…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak mereka bijak pandai. Justeru, sejak kecil lagi pelbagai perkara dititikberatkan termasuklah pemakanan.
Jom dengar perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang makanan yang boleh meningkatkan prestasi otak anak-anak.
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara #5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
#1 – Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel
#2 – Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
#3 – Oat
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
#4 – Sayur sayuran yang bervariasi
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
#5 – Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
”Bila ada parent yang cerita anak mereka baik, senang patuh arahan dan jarang meragam.”
Bukan semua ibu ayah mendapat rezeki dipermudahkan menguruskan anak-anak. Ada yang struggle didik anak.
Ini dijelaskan lanjut oleh coach parenting, Mohd Fhais Salim.
Saya akan senyum je dan cakap, alhamdulillah syukur rezeki anda.
Sikit pun tak terdetik dalam hati, nak tahu bagaimana dia didik anak.
Sebabnya, bila kita faham betul betul tentang temperament kita akan tahu bahawa dia hanya murah rezeki anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ini kerana ada 3 kategori temperament ( tingkahlaku ) anak-anak yang berbeza.
1 – Mudah ( easy )
Hampir 40% kanak-kanak dalam kategori ni. Diorang ni serba serbi mudah, senang nak urus, mudah kerjasama, jarang meragam sehinggakan ada yang rasa mereka sangat hebat mendidik.
2 – Slow Warm Up
Kira-kira 15% kanak-kanak dunia dalam kategori ni. Yang ni half-half. Kadang susah kadang senang. Kalau kita tahu trik yang betul senang nak urus anak. Penting faham & connect dengan anak.
3 – Susah ( difficult )
Hanya 10% sahaja kategori ni. Ini la anak yang buat kerja mendidik tu jadi sangat mencabar. Kena banyak sabar, kena tahan marah dan jadi sangat kreatif kalau nak didik anak begini.
Sebab tu la bila kita nampak ada parent yang mengeluh & struggle mengurus anak-anak usah la kita menyindir dia pula.
Kita tak tahu pun situasi dia bagaimana. Mungkin payah dia mengurus anaknya jauh lebih susah & lebih memenatkan berbanding kita.
Dapat anak yang mudah di urus syukur banyak banyak sebab itu rezeki kita yang ramai orang di luar sana berdoa pagi siang dan malam mohon di kurniakan anak yang baik & soleh.
Perkongsian kisah daripada Encik Hyzer Habeeburrehman dan Puan Sherin Mohd Yasin, mengenai anaknya Heily Jasmine, 4 tahun yang secara tiba-tiba disahkan ada tumor di bahagian otak, seharusnya diambil peringatan oleh setiap ibu bapa agar kita sama-sama mengambil berat terhadap kesihatan anak-anak kita.
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya. Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini.”
Demam Serta Muntah
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke DEMC Specialist Hospital, Shah Alam memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital lain, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada suatu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke DEMC Specialist Hospital sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Tetap Positif
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeriksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Bila saya melihat keadaan Bubu, jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkasima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan. Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak hospital yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut,” ujarnya di akhir perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.