Rupanya Kerja Sendiri Pun Boleh Mencarum PERKESO. Isteri Ni Kongsi Info!

Share

Mungkin masih ramai belum tahu terutamanya suri rumah yang bekerja sendiri, layak mencarum PERKESO.

Pastinya ini satu peluang yang hebat  dan rugi  jika dilepaskan demi memastikan kabajikan kita andai berlaku sesuatu yang tidak diingini di masa akan datang terjaga.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh seorang wanita ini dengan rasa keterujaan dan diharapkan agar ramai lagi memgetahui manfaat mencarum PERKESO untuk yang bekerja sendiri.

ini perkongsiannya.

Ok, saya sangat teruja mahu kongsi info ini.

Sejak Idzwan jatuh sakit pada 8 Mac 2015 dahulu, barulah saya kenal dan tahu apa sebenarnya fungsi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Sebelum tu, tahu juga tapi tak ambil pot sangat. Eheh.

Waktu itu sepupu saya yang bantu buat semakan nama Idzwan dan kelayakan carumannya untuk permohonan bantuan ilat serta pencen ilat PERKESO.

Walaupun caruman Idzwan ngam-ngam (dulu kami lama bekerja sendiri), Alhamdulillah caruman ‘cukup haul’ dan permohonannya lulus. Maka banyaklah dapat manfaat daripada Perkeso.

Masa itu barulah saya faham kenapa setiap pekerja (swasta) diwajibkan ada caruman Perkeso. Fungsinya lebih kurang sama macam kita ambil perlindungan insurans/takaful. Dan yang bagusnya, bayaran caruman PERKESO boleh dikatakan murah.

Setakat ini Idzwan telah menerima bantuan katil pesakit, ripple mattress, kerusi roda, kusyen alas kerusi roda, kerusi tandas, quadripod (tongkat) dan juga lampin pakai buang setiap bulan.

Oleh kerana disahkan mengalami hilang upaya kekal, Idzwan juga telah menerima pencen ilat, iaitu duit pencen yang dibayar secara bulanan oleh PERKESO (dibayar sehingga OB meninggal dunia. Jika OB meninggal, pencen ilat akan bertukar jadi pencen penakat – diterima oleh waris).

Syukur, Alhamdulillah.

Apabila saya dah bekerja sebagai penulis dan perunding hartanah, saya selalu fikir alangkah bagusnya kalau saya ada caruman PERKESO sebagai perlindungan. Baik sebagai penulis atau perunding hartanah, pendapatan saya berdasarkan jualan buku atau komisen, jadi tiada gaji tetap dan tiada caruman PERKESO dari penerbit atau agensi.

Tiba-tiba tadi Tuan Ashraf Helmi , seorang pegawai PERKESO hantar mesej kepada saya, info tentang skim baru ini iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Khusus untuk golongan yang bekerja sendiri seperti peniaga online, penulis, pelukis, jurufoto, ejen-ejen, pemandu Grab, artis, tukang urut dan lain-lain.

Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Yay!

Ok, berikut antara info yang saya dapat :

– Nama Skim : Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
– Bermula 1 Januari 2020
– Ditawarkan bagi 18 sektor : rujuk foto

.

– Cara daftar : Pergi ke pejabat PERKESO berhampiran
– Bayaran serendah RM13.10 sebulan
– Jadual pembayaran : rujuk foto

– Boleh buat bayaran setiap bulan, atau setiap 3 bulan, atau 1 tahun terus
– Perlindungan akan diambilkira bagi bulan yang dibuat bayaran sahaja (info lanjut nanti rujuk PERKESO ya)

Lain-lain boleh rujuk foto yang saya sertakan. Nanti saya cuba dapatkan salinan brosur yang lebih kemas. Ini tadi saya dapat dari Whatsapp. Kita rujuk mana yang ada dulu ya.

Tadi saya tanya, “macamana kita nak bagi bukti ke PERKESO yang kita ni penulis?”

Kata Tuan Ashraf, “Hanya beri IC dan sebarang kad atau bukti (dari penerbit) untuk mmbuktikan kita penulis buku”

Gitu. Nampaknya lebih mudah bawa saja buku hasil tulisan sendiri. Haha. Mungkin syarat yang lain nanti boleh tanya lanjut pada PERKESO.

Jadi, boleh maklumkan info ini kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan yang bekerja sendiri. Kawan-kawan saya – penulis, jurufoto, ejen (perunding) hartanah, peniaga-peniaga online semuanya boleh buat caruman PERKESO sekarang.

Yang mana ada masalah mahu ambil insurans atas kekangan kewangan, umur dan sebagainya, boleh pertimbangkan caruman PERKESO ini.

Boleh rujuk video berikut juga :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=450066052334683&id=144487266225898&sfnsn=mo&d=n&vh=e

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=450037415670880&id=144487266225898&sfnsn=mo&d=n&vh=e

Kalau tanya saya, memang saya galakkan sangat sebab saya sudah tahu bagaimana manfaat PERKESO sekiranya apa-apa terjadi pada kita.

Ok?

Sekian

Kak Odah Anderson
Bukan Duta PERKESO Kikiki.

sumber : Raudzah Arippin

IKLAN