Rupanya Lagi Sedap Nangka Muda Dibuat Rendang. Begini Nak Buatnya!

Share

Bila sebut sahaja rendang tentu kita telah dapat membayangkan keenakan rasa rendang ayam atau pun rendang daging yang biasa kita nikmati.

Pun begitu sebenarnya nangka muda juga jika dibuat rendang mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.

Ini sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Hanieliza Kamarudin di media sosial yang telah mencuri tumpuan warganet.

Jadi bolehlah dicuba dan rasai keenakan hidangan Rendang Nangka.

Ini perkongsiannya, selamat mencuba.

Beberapa hari lalu ada kawan kliza bagi nangka muda dan semalam brother in law kliza tolong buang kulit, potong kecil dan rebuskan.

Lama betul kliza tak buat rendang nangka so akhirnya terjadilah seperti yang dirancangkan.

RENDANG NANGKA

Bahan A

1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)

1 kg santan pekat

1 cawan minyak masak

1 keping gula melaka

Garam secukup rasa

1 cawan kerisek

2 helai daun kunyit (Dihiris)

7 helai daun limau purut (Dikoyak)

Bahan B (Dikisar halus)

1 cawan ikan bilis

15 tangkai cili kering

10 tangkai cili api merah

2 inci kunyit segar

1 inci lengkuas

15 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

Cara Membuat

1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Tuskan.

 

2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.

3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.

4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.

5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutp api dan hidangkan.

Sumber : Hanieliza Kamarudin

 

IKLAN