Rupanya Masak Ikan Siakap Stim Nak Sedap Kena Ada Bawang Putih Goreng. Ikuti Rahsia Resipi Ni Tular Hingga 48K Share!

Share

Ikan siakap stim ni memang special dengan ombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata & sempurna.

Biasanya hidangan ni dimasak dengan cara kukus atau stim. Bagi mereka yang tidak mempunyai periuk kukusan, anda boleh masak dengan menggunakan kuali je. Lebih mudah, sama sedap malah jus rebusan ikannya juga banyak.

Malah menerusi perkongsian ini berkongsia rahsia menggunakan bawang putih sebagai penyedap rasa.

Ayuh, ikuti resipi ini.

Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai
Bahan yang diperlukan:
✓ Seekor ikan siakap
✓ 2 biji limau nipis
✓ 1 batang serai
✓ 5 hirisan halia
✓ 3 tangkai cili kecik merah
✓ 3 tangkai cili kecik hijau
✓ 5 ulas bawang putih
✓ 1 batang daun ketumbar
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ Sos ikan
Cara kukus ikan:
Masukkan hirisan halia dan batang serai ke dalam perut ikan
Perahkan jus limau ke atas ikan untuk hilangkan hanyir
✓ Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
✓ Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
✓ Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
✓ Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai:
Sementara ikan siakap dikukus, kita buat kuah dahulu. Mula2 gorengkn bawang putih yg dicincang sehingga warna keemasan.
Sementara ikan siakap dikukus, kita buat kuah dahulu. Mula2 gorengkn bawang putih yg dicincang sehingga warna keemasan.
✓ Cincang bawang putih secara kasar
✓ Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
✓ Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
✓ Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
✓ Kacau kuah sehingga sebati.
Langkah terakhir:
Tuangkan kuah ke atas ikan yg telah dikukus. Kemudian kukus lagi selama 3 minit untuk mesrakan ikan dan kuah.
Taburkan hirisan daun ketumbar.
✓ Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
✓ Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
✓ Sedia dihidang.

Sumber: Zurina Zulkefli

IKLAN