Rupanya Ramai Tak Tahu Kena Tukar Bateri Dapur Gas. Tak Perlu Guna Pemetik Api Dah.

Share
Pernah tak, bila kita bukak api dapur gas untuk memasak, api tak ada. Akhirnya kita kena beli pemetik api. Tetapi kadang kala jadi masalah jika, jika tak perasan, pemetik api pun dah kehabisan gas juga. Memang nak masak pun tergendala.
Tapi tahu kah anda bahawa sebenarnya masalah ini, simple je. Mungkin ada segelintir tak tahu hal ini. Sebenarnya jika api gas tak keluar apabila kita nak buka gas, ia adalah disebabkan oleh bateri yang terletak dibahagian bawah dapur sudah habis dan perlu diganti baru. Kebanyakan dapur hob yang tanam dalam table top agak mahal dan memerlukan penggunaan bateri untuk hidupkan api. Kepada yang bertahun menggunakan pemetik api dan tak tahu tentang kewujudkan bateri dibahagian dapur, sila ikuti lanjut ikut perkongsian ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Dapur ni kadang-kadang kita tak perasan ada bateri kat bawah untuk pemetik apinya.
Bila datang masalah pemetik api tak berfungsi terus dalam kepala nak beli baru.
Boleh cuba tukar baterinya dulu kalau pemetik api tak berfungsi. Senang je, cari penutup bateri buka dan tukar yang baru.lama dah ni tak jenguk bawah dapur.
Dapur gas tidak dapat mengeluarkan api.
Bahagian bawah dapur ada ruang kecil ini untuk letak bateri.
Bateri dah lama tak tukar. Beli bateri baru supaya, dapur gas kembali berfungsi dengan sempurna. Tak perlu dah guna pemetik api.
Dah tak perlu guna pemetik api dah ye. Senang masak.
Selamat mencuba!
IKLAN