Rupanya Tanam Bayam Brazil Dalam Botol Lagi Mudah. Pokok Pun Tak Kering Dan Makin Merimbun!

Share

Biasanya kita akan bercucuk tanam dengan pasu. Istimewanya perkongsian ini, apabila menunjukkan cara menanam pokok dengan menggunakan botol. Selama ini banyak botol dibuang ajer. Rupanya boleh guna untuk tanam pokok, kreatif.

Menariknya beliau menggunakan bayam brasil menggunakan kaedah ini. Lepas ni, jika ada botol minyak jangan dibuang. Boleh dibuat sebagai ganti kepada pasu.

Ikuti perkongsian ini.

Salam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.

Ikuti langkah bercucuk tanam cara jimat ini.

Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun

 

Bawah botol pun perlu ditebuk.

 

Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas. Bahagian bawah tebuk juga utk laluan lebihan air.
Cara nak masukkan tanah ke dalam botol. Guna tanah yang dibeli kt nursery, mcm tanah organik.
Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang b.b.
Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
Ni contoh yg dah lama ditanam.

Kreatif! Lepas ni jangan buanglah botol-botol kosong. Selamat mencuba!

Kredit: Pn Zainol Yunus

IKLAN