Hobi & Minat

Sabut Kelapa Buat Batas Tanaman, Pokok Tumbuh Subur & Merimbun

Share

Sabut kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Sayang bila tidak digunakan. Sebenarnya sabut kelapa dijadikan raised bed atau batas tanaman. Elok subur pokok-pokok yang ditanam.

Idea yang dipraktikkan oleh Syuhadah Zahari ini memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas. Daripada tanah kosong hanya tumbuh rumput eloklah ditanam dengan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.

Daripada tanah terbiar semak dan  tumbuh rumput baik tanam sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang kita suka.

Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.

Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.

Coconut husks raised bed

Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.

Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.

Ini hasilnya.

Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.

 

Oregano batik pun ada tanam.

Pokok terung di tengah-tengah.

Pokok timun dan baby timun pun ada.

Hasil berbudi pada tanah.

 

Semoga bermanfaat.

Sumber: Syuhadah Zahari

IKLAN