Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
Ads
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
Ads
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
Ads
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membaiki penghawa dingin tidak semua mahir melakukannya, pun begitu ada beberapa masalah yang mudah boleh dilakukan diy sendiri.
Umpamanya bila terlihat air aircond tetap menitik walaupun telah dicuci bahagian filter. Apa yang boleh anda lakukan adalah sepertimana yang dikongsikan oleh M Fakharudin, semoga bermanfaat.
Air menitik dari aircond?
Dah cuci filter, air masih lagi menitik?
Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Assalam & salam sejahtera, saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
Tools
– screwdriver
– tangga lipat
Safety alert
– matikan suis aircond sebelum mula
– sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini
– facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
Gambar pertama (tanggal housing aircond)
– buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
Gambar kedua (alihkan panel elektronik)
– buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya
Gambar ketiga (bersihkan lubang takungan yang tersumbat)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk2 dan tarik2 je
Gambar keempat
– pegi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yg ada tape hitam, bulatan biru)
Langkah selanjutnya
– setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut utk memastikan yang lubang itu konfem tidak sumbat
– bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip yg ada tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang2 tu bersihkanlah filter ye
Harap bermanfaat
Sumber : M Fakharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menggunung tingginya gara-gara mengumpul pakaian terlalu lama, kemudian nak melipatnya memang mengambil masa kan. Lebih-lebih lagi nak mengumpul mood rajin tu memang agak susah.
Sebab itu, ibu-ibu kena fikirkan alternatif untuk mengurangkan masa melipat baju. Cara paling efisyen lagi tersusun kemas adalah dengan menggantungkan kesemua baju. Tak perlu nak lipat!
Jom cuba tip yang dikongsikan ini dengan menggunakan batang penyapu. Bukan sahaja baju kemas tersusun malah dapat menjimatkan ruang.
Nok guna batang paip takut lentur…ni ada idea batang penyapu…. Sesiku pun ada banyak lebih masa buat rak di kedai..pallete katil g tak guna pun masih elok lagi..kiro jadi lah ni…. Simpan sini dulu mudoh nok tiru
Sumber : Ila Kay
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan manusia itu usaha manakala perancangan Allah itu takdir. Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku janganlah sesekali kita sebagai hambanya putus berharap andai apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.
Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri ini, pada awalnya sama-sama berusaha dan berjuang untuk memiliki zuriat dan apabila masuk tahun ke lima seakan hampir ‘berjaya’ apabila berpeluang untuk melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).
Begitu pun, di sebalik berita gembira itu, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila diuji pula dengan dugaan yang sangat hebat apabila suaminya didiagnosis mengidap kanser usus tahap empat.
Itu yang dilalui oleh Syazana Fatihah Jamil, 26, apabila suami yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Muhammad Sazrin Asraf Saidin, 29, diuji penyakit berkenaan sejak September tahun lalu.
Memetik berita yang dikongsikan Harian Metro, Syazana Fatihah berkata, sebelum ini mereka melalui fasa ujian menjalani rawatan kesuburan bersama demi memiliki zuriat sendiri, namun kini perjuangan itu digantikan dengan episod paling getir bersama suami yang kini melawan kanser.
Katanya, sebelum ini suami menjalani enam sesi kemoterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dan lima kali radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila sel kanser semakin agresif.
“Sekarang suami sedang mengulangi rawatan kemoterapi buat kali kedua dan kini berada di Hospital Bukit Mertajam, di sini kerana mengalami kesukaran bernafas, baru-baru ini. Saya yang sebelum ini berniaga kek batik dan cheesekut hentikan jualan untuk menemaninya setiap kali mendapat rawatan.
“Insya-Allah saya setia bersama suami dalam perjuangannya kerana sebelum ini kami sudah bersama berjuang untuk memiliki zuriat sendiri jadi kali ini saya tidak akan tinggalkan dia biarpun terpaksa melupakan impian itu kerana kesihatan suami lebih penting ketika ini,” katanya sebak.
“Melihat semangat suami buat saya kuat…”- Isteri
Menurutnya, sebelum ini mereka membuat rawatan kesuburan di HTAA kerana ketika itu suaminya berkhidmat di Kuantan, Pahang dicadangkan prosedur IUI pada Jun tahun lalu namun tiga bulan selepas itu suami didiagnosis penyakit itu.
“Mungkin bukan rezeki kami untuk memiliki anak buat masa ini kerana Allah berikan ujian hebat ini dulu tetapi saya sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana yakin dan percaya suami akan sihat serta pasti ada ‘pelangi’ untuk kami selepas ini.
“Bagi saya penyakit suami adalah ujian berat kedua untuk saya kerana pada 2017 saya jaga arwah abah kerana sakit tibi usus dan sekarang saya jaga suami yang sakit kanser pula tetapi melihat semangat suami buat saya juga kuat,” katanya memberitahu mereka berasal dari Pulau Pinang.
Alami Masalah Buang Air Besar
Berkongsi berkenaan tanda-tanda awal yang dialami oleh suaminya sebelum disahkan mengidap kanser usus dan kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki 11 sesi di Hospital Pulau Pinang.
“Sebelum didiagnosis kanser usus suami mengalami masalah buang air besar dan ingatkan masalah buasir tetapi berat badan suami juga susut sebelum dia membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas menjalani beberapa prosedur doktor mengesahkan penyakitnya itu,” ujarnya lagi dan turut memaklumkan kebajikan suami sentiasa dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM selain Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan masih dalam permohonan bantuan zakat.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.