Sakit tekak antara gajala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Umumnya bila sakit tekak sering berkait dengan demam dan selsema dan ketika itulah juga selera makan pun terganggu, dek kerana tekak terasa perit untuk menelan.
Membangkitkan keinginan untuk makan, biasanya orang dulu-dulu menyarankan untuk menikmati hidangan panas seperti bubur nasi, sup dan sebagainya. Pun begitu, sebelum kita cuba membangkitkan selera makan, ada baiknya kurangkan keperitan tekak tersebut dengan mengambil makanan sejuk sebagaimana yang disarankan oleh doktor.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh doktor Nik Hisyam ini. Jom semak.
Al-kisah Ais-Krim dan Sakit Tekak
Jika demam, sakit tekak, tak lalu makan..Agak-agak mak-mak kita bagi kita makan apa ye ?
Haaa… sah-sah majoriti jawab: BUBUR nasi panas-panas..(ni memang jawapan classic lah ni.. tak pun drive-thru bubur ayam Mc Donald )
Ads
Budak.. demam, sakit tekak.. agak-agak lalu tak dia makan?
Orang dewasa pun tak larat nak makan apatah lagi budak kan?
Okay, pilihan lain.. ?
Ais cream?
Boleh ke tidak sebenarnya?
Ada dua pendapat untuk ais cream dan sakit tekak.
Ads
Pendapat 1:
Dibolehkan dan amat digalakkan jika sakit tekak dan merah.
Kerana:
1. Effect sejuk pada tekak yang radang akan mengurangkan kesakitan (sejuk=kurang radang)
Pendapat 2:
Tidak digalakkan jika anda penghidap penyakit Asthma dan anda tak suka ais cream
Kerana:
1. Makanan yang sejuk boleh menyebabkan serangan Asthma
Ads
Jadi, jika anda atau anak-anak anda tidak menghidapi asma atau lelah,tak ada masalah untuk memakan ais krim, malah ianya akan dapat melegakan lagi sakit tekak yang dihadapi.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama buat semua pembaca.
Dr Nik Hisyam,
Pakar Resdung, Sinus, Telinga dan Tekak Anda,
SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
Seksyen 19, Shah Alam
Umum mengetahui, apabila seseorang mengidap penyakit buah pinggang kronik kebiasaannya pesakit akan menjalani rawatan hemodialisis (HD) di pusat-pusat dialisis. Di mana jenis rawatan ini memerlukan pesakit untuk membuat rawatan sebanyak 3 kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam.
Pun begitu, masih ramai yang belum mengetahui sebenarnya ada satu lagi kaedah rawatan yang boleh dipraktikkan, iaitu menggunakan kaedah Peritoneal Dialisis (PD). Istimewanya mengenai PD ini adalah ia lebih fleksibel di mana rawatan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa, terpulang kepada masa pesakit.
Menurut Dr. Lily Mushahar, Ketua Jabatan & Pakar Runding Nefrologi, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban menambah, “Terdapat lebih 100% peningkatan dalam jumlah pesakit buah pinggang yang baru di Malaysia sejak 10 tahun kebelakangan ini . Setakat tahun 2015, penyakit buah pinggang kronik adalah antara 10 penyebab utama kematian di Malaysia, dengan peningkatan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 19.1% sejak 10 tahun yang lalu. Statistik yang membimbangkan ini membuktikan betapa pentingnya untuk kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini dan menambah pengetahuan mengenai pilihan rawatan yang memberikan para pesakit peralihan gaya hidup yang lebih mudah dan tidak terganggu.”
Perbandingan rawatan PD dan HD
Hemodialisis (HD)
Perlu mengikut jadual rawatan yang disediakan di pusat dialisis
Perlu berulang-alik ke pusat dialisis tiga kali seminggu mengikut jadual yang ditetapkan
Cepat berasa letih dan tidak bermaya
Peralatan dan bekalan rawatan dialisis hanya boleh didapati di pusat dialisis dan dikendalikan oleh jururawat
Perlu 2 tusukan jarum setiap sesi rawatan dan pengaliran darah diperlukan dari badan ke mesin hemodialisis
Secara kesimpulannya, pesakit boleh mendapat penerangan lanjut dan khidmat rawatan PD dengan berjumpa dengan pakar buah pinggang di hospital kerajaan atau di hospital swasta tertentu. Pakar buah pinggang akan mengesyorkan terapi yang terbaik bagi pesakit berdasarkan tahap kesihatan, gaya hidup dan rutin harian pesakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik kira-kira sebulan lagi je kita akan kembali bertemu dengan Ramadan. Bila dah nak dekat dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ni, yang paling kelam kabutnya wanita lah baru sedar yang mereka belum ganti puasa!
Ehh tapi tak boleh pukul rata perempuan je yang perlu ganti puasa dek datang bulan, banyak lagi golongan lain yang mungkin ada meninggalkan puasa atas sebab tertentu.
Namun, Islam itu mudah. Bagi yang tak sempat untuk menggantikan puasa dalam masa terdekat atau lupa yang tahun-tahun sebelum ini tak diganti, perlulah membuat bayaran fidyah.
Menurut perkongsian di dalam laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terdapat pelbagai kategori yang diperlukan untuk membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa tersebut.
Selain itu, mereka turut menerangkan dengan teliti cara bagaimana pengiraan bayaran fidyah dilakukan.
Maksud FIDYAH
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadan.
Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
TAKSIRAN FIDYAH
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.
KONSEP GANDAAN BAGI PENENTUAN BAYARAN FIDYAH
Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.
PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH DI MAIWP
Cara perkiraan dan jumlah bayaran fidyah boleh dibuat di Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal manakala bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin oleh Baitulmal.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bingung juga dibuatnya bilamana setelah sembuh Covid-19 dan telah pun habis tempoh kuarantin, namun masih tidak dibenarkan untuk bekerja oleh majikan disebabkan bila dibuat ujian PCR, tetap masih positif.
Lantaran itu, seorang pegawai kesihatan yang dikenali sebagai Mad Noor telah menjelaskan dengan penerangan yang paling mudah untuk difahami kenapa keadaan itu masih berlaku.
Menurutnya ujian tersebut sememangnya sangat sensetif dan mengesan kehadiran protein virus. Meski pun masih dikesan positif, namun mereka tidak bergejala atau menyebarkan Covid-19 kepada orang sekeliling.
Andaikan Saya Covid-19
Memberi gambaran lebih jelas, Mad Noor memberi analogi cukup mudah difahami, bayangkan dirinya adalah virus induk Covid-19 manakala rambutnya pula adalah gen virus tersebut.
Meskipun dia telah dihapuskan kerana pesakit sudah sembuh dalam jangka masa tertentu, tetapi sisa rambutnya masih ada ditinggalkan dalam tubuh individu terbabit.
Oleh itu mereka yang telah pulih akan kekal menunjukkan keputusan positif meskipun tidak bergejala atau penyebar aktif untuk tempuh masa tertentu. Lantaran itu tidak perlu buat PCR hingga 2 bulan!
Menjengah di ruangan komen, netizen memuji penerangan mudah yang dikongsikan oleh pegawai kesihatan tersebut. Walau bagaimana pun ada yang berasa kecewa kerana ada sesetengah majikan masih belum faham dan ini sekali gus menyukarkan untuk kembali bertugas walaupun hakikatnya tubuh badan telah pulih sepenuhnya.
“Betul. After 10days, virus dah x aktif dan dia dah x boleh menjangkiti. Tp, kalau test, mmg detected lg. cuma dah x boleh menjangkiti”
“Bagus explaination. boleh jadi lecturer. analogy tu bagus la”
“Betull tapi tempat kerja suruh buat pcr lagi lepas habis kuarantin. selagi tak negative, tak boleh masuk keja. adehh dah malas bertekak dgn hr”
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.