Ekoran salah faham mengenai autisme, kanak-kanak darjah tiga mendapat rawatan awal sehingga menjejaskan perkembangannya.
Menurut perkongsian Dr Norzila dilaman facebooknya, jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda autisme segera bawa ke hospital untuk mendapat bimbingan bukannya menunggu sehingga besar. Namun jika anak itu ada masalah pembelajaran biasa memang akam tunggu darjah 3 untuk saringan darjah 3.
Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini. Semoga kita bertindak segera demi masa depan anak.
Tunggu darjah 3 baru bawak jumpa doktor?
===============================
“Doktor boleh tak nak minta tolong tengok je ada seorang pelajar ni… tengok je .. bukan nak buka fail. Ibunya kata doktor di Hospital kata kena tunggu darjah 3 baru bawa ke hospital”
.
Saya dan rakan-rakan hanya mengangguk dan bersetuju untuk menerima pelajar tersebut.
.
Kami meneruskan perbualan dan perbincangan dengan guru kelas Hadi (bukan nama sebenar) kerana masalah lambat belajar dan tidak hadir ke sekolah hampir 100 hari.
.
Tidak lama kemudian ustazah Yati (bukan nama sebenar) membawa seorang pelajar yang kurus . Masuk saja di pintu pejabat sekolah, jururawat unit Bimbingan kanak-kanak dan remaja kami terus berkata “hmmmm… autism ni!”
Ini saya perakukan. Sungguh ketara tanda dan gejala autism pada pelajar ini. Senyum sendiri, bercakap bahasa ‘german’, mennggerak2kan tangan sentiasa, kurang ‘eye contact’ dan mengulang ayat yang ditanya.
“Doktor kata tunggu darjah 3 baru bawa ke hospital” kata Ustazah lagi. Saya terkedu…
Ads
“Kalau kes masalah pembelajaran biasa memang ya kami tunggu saringan LINUS masa tahun 3 nanti, tapi kalau kes macam ni tak perlu tunggu” kata Kak Ani jururawat unit bimbingan kanak-kanak dan remaja HUSM
“Boleh terus ambik appoinment” saya memberitahu Kak Ani.
Sambik saya menerangkan gejala autism pada guru-guru, Kak Ani pantas mencapai telefon dan mendial nombor klinik untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk pelajar ini.
Kesian pelajar inj terus duduk di kelas hujung aliran perdana tanpa intervensi. Guru-guru memang sudah menyedari masalah ini namun setelah diberitahu ibunya bahawa doktor mengarahkan untuk menunggu sehingga darjah 3, mereka pun tidak mampu melakukan apa-apa.
“Sentap” jugalah kami kalau ada doktor yang mahu tunggu sampai tahun 3. Aduhai… kesian dia datang ke sekolah sekadar duduk dan terus melayan alamnya sendiri.
Ads
Inilah salah satu senario sebenar yang kami alami. Sebab itu saya dan unit sekolah HUSM (psikiatri) tidak jemu-jemu ke sekolah. Berkongsi maklumat agar guru-guru dan ibu bapa lebih peka. Mereka lebih arif tentang pelajar/anak mereka dari doktor yang baru habis houseman atau pegawai perubatan yang sedikit pengalaman dalam bidang psikiatri kanak-kanak. Penempatan pelajar ke dalam sistem pendidikan yang sepatutnya menjadi sukar dan lambat bila ibu bapa tidak mampu menghadiri temujanji dengan pakar di hospital akibat kekangan kewangan. Jika mampu pun ianya mengambil masa yang sangat panjang untuk tiba kepada pakar psikiatri.
Justeru itulah kami di HUSM memudahkan cara rujukan ke unit psikiatri kanak-kanak dengan memberikan guru-guru peluang berhubung terus dengan kami dan menfapatkan tarikh temujanji.
Diringkaskan cerita rujukan ke unit kami tidak perlu melalui rujukan dari doktor. Ada juga yang terus bertanya dari FB page saya. Walaupun ianya kelihatan tidak sistematik namun ramai yang telah kami bantu untuk mendapat intervensi awal dengan cara ini.
Ads
Mudahkan sistem rujukan untuk intervensi. Rujukan ke hospital mungkin sudah tidak relevan jika pihak kementerian pendidikan boleh menyediakan perkhidmatan jurupulih carakerja dan patologis pertuturan di sekolah-sekolah. Lama sudah saya mengimpikan padang permaian dipenuhi peralatan untuk merangsang deria seperti yang ada di unit terapi carakerja di hospital.
Lama sudah saya mengidamkan semua guru-guru mampu menganalisa cara penulisan pelajar, kepelbagaian kemampuan untuk belajar, mampu mengenalpasti gejala autism, kurang tumpuan atau hiperaktif.
Tidak sabar untuk memulakan projek cuti sabatikal saya bersama sektor pendidikan khas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bermula Oktober nanti.
Doakan usaha yang sedikit ini memberi ruang kepada kita membantu guru-guru dan ibu bapa untuk memberi peluang anak-anak kita menghargai kepelbagaian dan melaksanakan pendidikan inklusif.
Kalaulah boleh team Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja HUSM saya ni yang terdiri dari pakar psikiatri, pegawai perubatan, patologis pertuturan, jurupulih carakerja dan jururawat: kami nak sangat berjumpa Menteri Pendidikan untuk mempersembahkan hasil team kami ini sepanjang mengendalikan kes pelajar-pelajar sekolah yang pernah menjadi klien kami termasuk pelajar berkeperluan khas.
Dari 2005 kami dah aktif, menjalankan lawatan ke rumah dan sekolah sebagai salah satu penyiasatan kes. Kalaulah dan kalaulah Menteri Pendidikan sudi, kami 100 kali lebih sudi bersembang berkongsi pengalaman, semoga ada kebaikan untuk anak-anak kita. Ada ke yang sudi nak kenalkan kami? Ada ke, ada ke?..
Sumber: FB Dr Norzila Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam keriangan untuk menunaikan umrah bersama keluarga, terselit kisah duka. Namun itulah kehidupan, yang hidup pasti akan mati. Tidak kita usia kita, jika sudah sampai ajal, pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini.
Beberapa hari yang lalu, seorang jemaah cilik dari Malaysia yang pergi menunaikan umrah bersama keluarga tercinta. Keringannya untuk menunaikan ibadah ini sangat jelas kelihatan setibanya di Mekah.
Namun, Nur Alesha Ammara binti Mohammad Amirul dilaporkan kurang sihat semasa mereka sekeluarga tiba di Kota Madinah sehingga menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa dimasukkan ke unit ICU di salah satu pusat perubatan di sana.
Ibunya sempat memuatnaik status kesihatan anaknya itu di media sosial agar lebih ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.
Meskipun ramai jemaah yang turut mendoakan kesihatannya, namun Allah lebih menyayangi adik Nur Alesha Ammara apabila dia disahkan meninggal dunia pada hari Selasa lalu kerana menghidap demam panas dan jangkitan kuman.
Jenazah Nur Alesha Ammara yang baru berusia 4 tahun itu telah disemadikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi’, yang juga merupakan maqam bagi 10 000 sahabat Rasullulah SAW.
Walaupun sedih dengan pemergian cahaya mata keduanya itu, ibu kepada kanak-kanak ini mengganggap ia merupakan ‘hadiah’ istimewa daripada Allah SWT.
Dalam masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi tujuan menguruskan Alesha Almmara di sana.
Pertengkaran antara suami isteri adalah perkara lazim yang terjadi dalam sebuah rumah tangga.
Namun paling menyedihkan apabila ia berpunca daripada campurtangan mertua.
Sebagaimana perkongsian Saudara Muhammad Hassan yang mengenai kisah rumah tangga ini yang telah retak akibat campur tangan pihak luar. Moga kisah ini jadi iktibar.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PUNCA MAK AYAH BERCERAI
Sedih baca kisah rumah tangga cerai berai berpunca dari mak ayah sendri. Terutama mak. Semua benda nak ambil tahu pasal anak lelaki selepas kahwin.
Saya pesan kepada diri saya. Dan sekerasnya saya pesan kepada isteri. Jika anak lelaki sudah kahwin. Jangan campur hal rumahtangga mereka. Sehinggalah mereka minta nasihat dan bantuan kita.
Tanggungjawab kita didik anak lelaki agar dia faham tanggungjawab sebagai seorang suami. Biar dia layan isterinya sehabis baik. Ajar anak lelaki tahu hak seorang isteri.
Jangan nak control anak lelaki sehinggakan dia abaikan tanggungjawab terhadap isteri. Ini tidak, beli spender untuk isteri pun mak ambil tahu. Bangkai betul.
Datang rumah anak lelaki kerja nak menyindir menantu. “Untung kau dapat anak aku mona, serba serbi dia belikan untuk kau hidup selesa, nak harapkan duit kau jangan harap ler… (sambil buat muka macam kena rasuk syaitan azazil).
Paling seram saya baca, bapa mertua masuk rumah ketika anak lelaki pergi kerja. Kunci rumah mertua ada sekali. Masuk rumah dengan tak bagi salam main terjah jer. Dengan alasan nak tengok keadaan menantu ok ke tidak. 😏
Ada isteri bertahun-tahun ‘makan hati’ dek kerana mulut puaka si mak mertua sendiri. Eh hairan saya, sama kaum sendiri nak hasad, anak menantu kau kot.
Janganlah kita jadi mak ayah begini. menyebabkan rumahtangga anak-anak hancur berkecai haru biru, cerai berai.
Para suami. Ya kita ada tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap mak. Tapi jangan kerana mak kita abaikan tanggungjawab terhadap isteri.
Lainlah mak kita uzur, ayah pula sudah lama meninggal. Kita pula anak lelaki sahaja yang boleh diharapkan. Waktu ini khidmatlah kepada mak.
Alahai. Besar tanggungjawab seorang lelaki. Untung mereka dapat mak ayah mertua yang baik hati dengan menantu. Layan menantu macam anak sendiri.
Zaman sekarang kebanyakkan ibu memang pilih untuk bekerja. Walaupun suri rumah sepenuh masa, ada juga kerja sampingan yang dilakukan. Jadi ibu bekerja ni bukan senang. Jadi ibu tu sahaja pon dah dikira sebagai kerja bila urus rumahtangga seharian. Apatah lagi bila ada kerja lain. Memang salute ibu-ibu ni.
Bila dah penat buat dua kerja dalam satu masa, penat juga nak fikir makan minum anak-anak dan suami. Kalau boleh, nak tapau je senang. Tapi mestilah kita pilih yang lagi jimat dan sedia ada di rumah je kan bahan untuk dibuat masak.
Dikongsi di Cookpad oleh akak Aina Nana, ibu bekerja boleh cuba buat nasi goreng balik kerja ni. Mana tahu anak-anak suka. Entah-entah ibu pula yang menambah. Jom cuba.
NASI GORENG BALIK KERJA
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili besar
BAHAN HIASAN:
Telur dadar dihiris
Salad dihiris
Bawang goreng
NASI GORENG PILIHAN IBU BEKERJA
CARA MEMASAK:
1. Mulakan dengan mengisar kasar bahan-bahan untuk dikisar. Kemudian, tumis bersama-sama kiub ayam.
2. Setelah warna tumisan bertukar jadi sedikit perang, boleh masukkan ayam @ daging @ apa saja lauk pilihan sendiri. Kemudian boleh masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa dan kemudian gaul rata.
3. Setelah itu, masukkan nasi sejuk. Gaul hingga sebati, dan bolehlah adjust serbuk kunyit dan garam supaya tak terlalu pucat supaya elok rasanya.
4. Boleh masukkan sayur pilhan sendiri setelah nasi goreng tadi cukup rasa. Masukkan sebanyak mana jenis sayur, tak ada masalah. Dan, siap!
5. Bolehlah diangkat nasi goreng tadi. Jemput makan!