Sambal Hitam Paling Simpel Nak Buat & Tak Perlu Rebus Lama, 30 Minit Siap. Ni Resipinya!

Share

Siapa yang pernah merasai keenakan Sambal Hitam Pahang yang original mesti tahu betapa sedap dan enak rasanya bila dimakan bersama nasi atau boleh juga dimakan bersama roti. Rasanya memang buat makan bertambah.

Namun hendak membuat sendiri Sambal Hitam ini diakui bukanlah mudah, memakan masa yang lama lebih-lebih lagi apabila belimbing buluh yang dimasak perlu direbus berjam-jam lamanya. Memang leceh apatah lagi boleh menyebabkan kuali yang digunakan cepat rosak.

Tapi usah merungut, ada rupanya cara memasak Sambal Hitam ini dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Tidak sampai 30 minit, Sambal Hitam sudah boleh dinikmati. Memang boleh sangatlah untuk dibuat sendiri.

Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Habib Izzah dan bolehlah dicuba.

Menurutnya, “Masak sambal itam simple 30 minit tapi rasa dia mables..sambal itam ni makan dengan nasi panas memang mables.. mak mertua lalu sebelah pun tak perasan”

Buat anda yang ingin mencuba, ini resipinya :

Bahan-bahan:
cili api
cili besar
belimbing
bawang besar
ikan bilis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dulu supaya bahan-bahan tidak terlalu lama berenang dalam kuali.

2.Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan ikan bilis yang diblander kasar. Tumis sampai agak kekeringan.

3.Dalam pada itu, bland cili dan belimbing tadi. Tidak perlu bland halus sangat.

4.Bila bawang dan ikan bilis sudah hampir kering masukkan cili blander tadi.

5.Kacau lagi. Bila nampak sambal hampir kering tambahkan perisa dan sedikit garam.

Taraaa! Dah siap. Dia punya rasa memang mables.. yang ni tahan lebih lama daripada kita rebus dulu belimbing-belimbing tu.. Lagi satu kenapa mummy buat macam ni je simple.. sebab kalau kita rebus blimbing, biasanya kuali kita akan rosak.. tapi kalau buat ikut resepi mummy ni kuali memang suci murni je.

Nak beli kuali baru, mudah ke. Klik je DI SINI

Sumber : Habib Izzah 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN