Sambal Kacang Ikan Bilis, Makan Macam Tu Pun Sedap!

Share

Jika menunya sambal bilis tentu ramai yang menggemarinya. Apatah lagi jika dimasak bersama kacang tanah rangup. Bukan sahaja enak dimakan dengan nasi, malah dimakan begitu sahaja sebagai kudap-kudapan sekali pun cukup menyelerakan.

Untuk yang belum pernah mencuba menyediakan menu ini, apa kata cuba sediakannya dengan resipi yang dikongsikan ini. Jom semak.

Sapa sukaaa? Pedas pedas manis Sambal kacang ikan bilis



Resipi
500gram kacang (goreng garing)
100gram ikan bilis (goreng garing)

Blend halus
Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2

Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dpt kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.

kredit resepi: Ainn Mustafar via MAHN

IKLAN