Sambal Tempe Bilis Kacang Yang Rangup. Buatkan Sebagai Stok, Boleh Makan Tak Kira Masa!

Share

Pejam celik pejam celik tak lama lagi rupanya kita akan berpuasa. Mengenangkan detik itu, mulalah kita ligat memikirkan menu yang bakal ingin disajikan sepanjang bulan Ramadan. Kalau boleh biarlah menu yang menepati selera keluarga dan alangkah baiknya juga jika jenis yang boleh dibuat stok.

 

 

Seperti menu yang satu ni, Sambal Tempe Bilis Kacang yang pastinya ramai menggemarinya. Bukan sahaja enak dimakan bersama nasi, malah enak juga dimakan begitu sahaja.

Pun begitu untuk yang pernah menyediakan menu ini, nyata  terdapat pelbagai versi, namun resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan benar-benar telah mencuri tumpuan warganet di group masakan. Jadi bolehlah dicuba!

Sambal Tempe + Bilis + Kacang

6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.

2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.

500g kacang, – cuci, tos, goreng jugak.

 

 

Untuk sambal:

2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.

3 biji bawang merah – blend

5 ulas bawang putih – blend

1 ketul gula kabung

4 keping asam keping

Garam secukupnya

Minyak goreng tempe tadi

Cara-cara:

Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.

Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing-masing, boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.

Siap…makan nasi panas-panas memang sedap

Semoga bermanfaat

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN