Santan Segar Kalau Nak Dapat Banyak Dari Kelapa Parut, Begini Caranya, Puas Hati Tengok Hasil

Share

Santan segar kalau hendak dapat banyak dari kelapa parut ada caranya. Selalu bila kita beli santan, ada yang terlalu cair dan ada juga yang masam. Supaya tidak terus membazir, apa kata kita buat stok sendiri sahaja santan.

Santan Segar Kalau Nak Dapat Banyak Dari Kelapa Parut

Kalau nak sediakan sendiri santan segar boleh guna cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini untuk dapatkan santan yang lebih banyak dan tahan lama.

Cara buat santan segar yang lebih banyak. Sukatan ini untuk dua biji kelapa parut.

Begini Caranya, Puas Hati Tengok Hasil

1.Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik.

Tipnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.

2.Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut.Kisarlah beberapa kali secara on off.

3. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.

4. Inilah tip yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar. Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti.

5. Ini hampas kelapa selepas santan diperah.Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan.

Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?

6. Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah. Ngam-ngam pekat dan cairnya.

7. Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan.Boleh buat dua tiga kali.

8. Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik. Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer.

Jimat duit kan. Tak dalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.

Semoga bermanfaat

Sumber: Afy Al Habibi

 

IKLAN