Satu Keluarga Suka! Cuba Resipi Mudah Buat Kek Kurma Paling Sedap

Share

Buah kurma antara buah yang paling sangat terkenal terutama apabila tiba bulan Ramadan. Di samping mempunya rasa yang manis, kurma juga mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.

Tetapi, kali ini kami nak kongsikan kepada anda menu yang sememangnya unik dan sedap iaitu kek kurma. Resipi kek daripada Asmida Nor

ini semestinya tidak mengecewakan.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang mempunyai lebihan kurma yang banyak boleh juga mencuba resipi ini.

Kek Kurma

Bahan-Bahan:

  1. 6 biji telur (guna telur gred d, kalau gred a/b guna 5 biji)
  2. 250 g marjerin/butter
  3. 2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat & baking powder)
  4. 3/4 cawan gula kastor
  5. Esen vanilla
  6. 10 biji kurma lembik
  7. kurma keras (hiasan atas kek)

Cara-Cara:

– Kurma lembik tadi dilenyek, jangan terlalu kasar atau terlalu halus.

– Satukan marjerin dan gula kacau guna senduk sahaja sampai sebati, masukkan telur satu persatu, jangan semua sekali.

– Adunan selepas telur dimasukkan kesemuanya, kemudian masukkan sikit esen vanilla.

– Masukkan kurma yang dilenyekkan tadi, kacau sebati.

– Masukkan tepung yang diayakkan tadi, kcau sebati sehingga dunan kek kita smoothh.

– Loyang sapu dengan minyak atau lapik baking paper. Tabur kurma keras tadi iku kesesuaian nak potong macamana.

– Bakar suhu 160 selama 55 minit bergantung oven masing-masing.

Sumber: Asmida Nor

IKLAN