“Saya Ada Sistem Sokongan Yang Kuat”-Bekas Pengacara Go Shop, Shakirin Husnal Dinobat Graduan Terbaik UNIRAZAK!

Share

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti tv yang cukup sinonim dengan rancangan membeli belah Go Shop buat beberapa tahun lamanya, wajah manis Nur Syakirin Husnal As’hari saban hari dinanti kemunculannya di kaca TV.

Bukan sahaja kerana cantiknya dia, malah kepetahan bercakap untuk mempromosikan barangan di dalam rancangan tersebut, benar-benar berjaya mencuri perhatian penonton hingga ada yang menggelarnya sebagai kakak Go Shop!

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Pun begitu, tidak ramai mengetahui bahawa ibu kepada dua cahaya mata ini telah mencipta kejayaannya yang tersendiri di dalam bidang akademik apabila baru-baru ini dia telah menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana.

Kenangan manis mengenakan jubah konvokesyen di majlis istimewa tersebut telah dikongsikan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

 

 

Difahamkan Syarikin Husnal merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Malah apa yang lebih membanggakan, bukan sahaja berjaya menamatkan pengajiannya bahkan ibu mud aini berjaya  memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98 dan sekali gus dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK.

Berkongsi perjalanan sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, graduan dalam bidang kejuruteraan  biokimia dari Donyang Mirae University dan Yonsei University Korea Selatan ini mengakui bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ketika menyambung pelajaran.

Sempat kerja. Sempat mengandung. Sempat bersalin. Sempat jaga anak. Sempat buat extra curricular activities. Sempat buat job luar. Sempat manage election campaign.
All during my MBA journey. 

 

 

“Alhamdulillah saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Dan sudah tentu, saya banyak berkorban untuk berada di tahap ini, terutamanya berkorban masa lapang. Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan selain dapat melihat hasil jerih payah ,” kongsinya apabila pengikut Instagramnya mengajukan pertanyaan bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya walaupun sibuk.

Tentunya ramai yang akan merinduinya mengacara program Go Shop, bukan? Namun  Syakirin sudah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro selepas 11 tahun berkidmat di syarikat penyiaran terbesar negara itu.

Baru-baru ini, Syakirin dilihat memulakan tugas rasminya dalam sektor kerajaan. Semoga terus maju jaya!

Sumber : Syakirin Husnal 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN