Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa, pasti semua antara kita sanggup berkorban apa saja hatta nyawa sekali pun demi anak-anak tersayang.

Kita sedar untuk membesarkan anak-anak meskipun banyak cabaran dan ujiannya namun semua itu tidak sedikit pun mengikis kasih sayang yang cukup istimewa antara kita dan anak-anak.

Meskipun begitu, kisah seorang ayah ini yang ‘berjuang’ menjaga, mengurus dan menyanyagi lima anak istimewanya cukup menyentuh hati.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menjaga, menguruskan dan menyayangi lima anak  istimewa ini”.

Demikian kata Abdul Rani Mat, 62, dari Kampung Rumbia, Beserah di sini yang kini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan lima anak istimewanya setelah isteri, Zawiyah Mahmud, 58, meninggal dunia pada 24 April lalu.

Lima anak istimewa itu adalah, Mohamad Asrul Nizam, 37, Siti Nurul Ashikin, 34, Mohamad Iskandar, 30, Mohamad Ikmal Hakimi, 23, dan Mohamad Amir Azwan, 19.

“Saya Akan Terus Menjaga..,”-Bapa Ni Tabah Urus Lima Anak Istimewa

Memetik berita daripada Utusan Malaysia, difahamkan kelima-lima anak Abdul Rani perlu dipantau dan diuruskan kerana mereka tidak pandai menguruskan diri sendiri.

IKLAN

“Kesemua anak istimewa saya ini juga tidak boleh bercakap sejak dari kecil, bagaimanapun faham dan dengar jika kita bercakap dengan mereka.

“Dahulu, saya dan arwah isteri menguruskan mereka bersama-sama, kini ia tanggungjawab saya sepenuhnya, namun, ia bukan beban buat saya,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, anak-anak istimewa itu menerima kunjungan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers diketuai penaungnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Abdul Rani berkata, kelima-lima anak istimewa itu dilahirkan normal seperti mana kanak-kanak yang lain.

“Apabila membesar, mereka tidak seperti kanak-kanak lain kerana tidak boleh bercakap dan tidak pandai menguruskan diri sendiri.

“Apabila meningkat dewasa kini, mereka sudah boleh ke sekolah pendidikan khas. Ada sesetengah perkara, mereka boleh uruskan sendiri tetapi perlu sentiasa dipantau, selain ada waktunya bertindak agresif dan di luar jangkaan,” katanya.

IKLAN

Bapa kepada tujuh orang anak itu tidak pernah mengeluh dan berjanji akan terus menjaga anak-anak istimewanya tersebut dengan penuh kesabaran dan juga kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.

Bagi menyara kehidupannya dan keluarga, beliau yang juga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya melakukan kerja-kerja kampung dan mengambil upah membersihkan halaman rumah jiran dengan upah bulanan RM300.

“Dahulu semasa arwah isteri masih ada, saya buat macam-macam kerja setelah berpencen tentera termasuk menjadi pemandu lori.

“Kini, saya tidak boleh keluar bekerja jauh, hanya buat kerja-kerja kampung kerana tumpuan perlu diberikan sepenuh masa kepada anak-anak istimewa saya di rumah.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana turut dibantu oleh anak kelima, Nurul Aina Fitrah, 28, yang tinggal bersama saya di rumah,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Saya Akan Terus Menjaga..,”-Bapa Ni Tabah Urus Lima Anak Istimewa

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI